Wednesday, May 7, 2014

Perbezaan Ketam Halal Dan Ketam Yang Haram Dimakan

Ketam nipah adalah harus dimakan atau halal. Manakala ketam batu adalah haram dimakan. Kebanyakkan ulamak mengatakan binatang hidup dua alam adalah haram dimakan.

Imam Syafie, Imam Nawawi, Imam Hambali mengatakan haram memakan binatang dua alam ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Dihadapan Rasulullah S.A.W. seorang tabib memeperagakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yang dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah S.A.W. melarang kita membunuh katak itu.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I)



Jom kita lihat apa beza ketam nipah (halal) dan ketam batu (haram) supaya kita tak tersalah beli atau makan.

PERINGATAN: Admin tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

26 comments:

  1. 1. Ketam nipah / bakau ni bernafas menggunakan insang...kalau cengkerang di buka, akan terdapat insang lembut kat tepi kiri-kanan. Ketam nipah ni boleh hidup tanpa air selama 2 hari je...sebab bila insang kering, dia akan mati...ketam batu plak takde insang ni. Ketam batu seperti katak dan reptilia dua alam, bernafas menggunakan paru2. So, ketam batu boleh hidup berminggu kat darat. Atas dasar biologi inilah beberapa fatwa dikeluarkan bahawa ketam nipah / bakau halal bagi umat Islam manakala ketam batu haram. Boleh le korang rujuk mana2 website agama untuk mendapatkan fatwa ini.

    2. Kaki belakang sekali ketam nipah / bakau ni berbentuk leper untuk tujuan berenang, kerana ia hidup dalam air. Manakala ketam batu tidak memiliki kaki sebegini. Kaki terakhir ketam batu sama seperti kaki yang lain (tajam) untuk membolehkannya hidup di darat. Sebab tu juga ketam batu ni kalau kat Sabah pandai panjat pokok kelapa! Manakala satu perbezaan lagi ialah matanya. Mata ketam Nipah / bakau ni pendek seperti ketam bunga atau kat sabah kita panggil ketam suri. Ketam batu pula memiliki mata panjang seperti wiper kereta yang terlipat di sebelah kiri dan kanan. Kalau kat darat, mata ketam ni akan terlipat. Tetapi ketika berada di air, mata ni akan keluar kalau di air cetek (badannya dalam air...mata ni akan keluar dari air...macam teropong kapal selam...tujuannya meninjau makanan dan musuh. Mata ni kalau ketam batu dewasa berukuran lebih kurang 2-3 inci....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ka ketam yang bernafas guna paru-paru, ketam batu pn ada insang... sedangkan belangkas pn ada insangnya juga...

      Delete
  2. tapi jika nelayan di kawasan pantai mereka kata...kami makan je....slagi x mudarat...

    ReplyDelete
  3. betul la komen atas tu.....nak makan2....x nak sudah....mudaraat x payah...tapi saya la....tiada istilah 2 alam....hadis nabi hanya sebut katak....lgpun katak semasa kcil berudu hanya dalam air.....x boleh didarat...sudah besar boleh dua2.....ketam nipah...dr kecil sampai besar mcm tu juge....die tahan...memang ade insang....lgpun semua haiwan laut boleh mkn kalau x mudart....ikan keli ngan haruan pun tahan 3 hari....tp bukan 2 alam....satu lagi....ketam ni isi banyak sedap n berkhasiat.....kenapa nak samakan ngan ketam lain2 spt ketam batu atau apa2 ketam yang atas darat tu.....cer ambik masak....tengok....isi mcm mana ???atau sedap2 x sedap....bjar lah.....rujuk 4 mazhab....n tanya la hatimu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya...kalu berhajat...ketam batu pun boleh....bukan pasal kaki belakang ker apa....tp sedap ke???sebab tu org x makan....x lalu lain yer....labi boleh makan kalau lalu....sembelih la....kalau x boleh apa sebab....???cuba bg alasan

      Delete
    2. Wau. Hebat firdaus. Sesuai nama syurga firdausi. Bagi saya la..

      Delete
    3. Nama saja firdaus. Tp mcm jahil teruk

      Delete
    4. nama firdaus tp jahil tahap bebal. kau kalau berhajat khinzir pn kau sapu

      Delete
    5. Bukan masalah sama .masalahnya betul la dia amik contoh ketam , satgi org taktau plak ketam apa boleh dgn ketam apa x boleh dimakan .kira spesifik la tu ketam nipah boleh makan tp ketam batu xleh berdasarkan keterangan tu.lgpon org bukan tau , salebab nama nya sama spesies ketam.jd dia menyelesaikan kekeliruan la tu

      Delete
  4. Ketam batu dalam badan dia ada cacing atau lintah kecil xpercaya tgok youtube.kalau rasa nk makan silakan xde nk hentikan sendiri tanggung la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketam yang ada cacing dalam badannya di kedah panggil ketam pey, ketam ni memang kami tak makan, berbau busuk sbb la boleh hidup di air masin serta air tawar, nak jumpa ketam ni dekat2 kawasan sawah yg berdekatan laut.. org siam makan..

      Delete
  5. King crab tu mcm mna plak sahabat semua? King crab xde kaki kipas blkg dia utk brenang..just mrgkak di dsr laut... Ada stgh ulamak ckp ketam yg xde kipas utk brenang xblh mkn... Blh sape2 jelaskan..kingcrab asal alaska

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halal haram bukan berdasar kipas tu....klau king crab hnya hidup di laut,dan ble naik ke darat 2-3 hari mati makna nya boleh la...asalkan bkan 2 alam...halal bg umat islam...

      Delete
    2. Betul.org ne tk baca detail kot.bukan sebab kaki k8pas kt blkg .kaki tu untuk membezakan .yg diharamkan sebab bukan mengunakan insang..lain kali baca betul2 penerangan ya

      Delete
  6. Islam tu mudah...bnyak lg ketam yg bleh dimakan...bila ada ketam batu yang haram x kan tringin jgk kut...ketam bunga,ketam nipah kn ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu ketum haram le halal

      Delete
    2. Ketum batu ke ketum nipah ?? 😅😅

      Delete
  7. Macam mana pulak dengan ketam salji boleh dimakan atau tidal ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketam salji tu ketam alaska la... dia sama mcm ketam bunga hidup dalam air ja, naik darat mati... sbb tu kalau dijual yg fresh mesti dalam air tak mcm ketam nipah yg dijual...

      Delete
  8. Alhamdulilah.Terima kasih perkongsian ilmiah.

    ReplyDelete
  9. Habis tu ketam dua alam kat kampung-kampung pulak macamana tu?boleh dimakan ke tidak?

    ReplyDelete
  10. Kalau nak makan, macam macam nama ditukar. Padahal sama saja sifatnya. Saja la cari alasan supaya boleh makan. Awat klu tak mkn benda haram tu boleh mati ka.

    ReplyDelete
  11. Ada satu benda confirm tak boleh makan. Tapi orang melayu malaysia suka makan..
    Jawapanya: rasuah

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Macam mana pula dengan ketam Alaska ketam ni tak ada kaki yang leper??

    ReplyDelete