Showing posts with label Ilmu Agama. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Agama. Show all posts

Friday, April 3, 2015

Ustaz Nafis Al Hafiz Cambodia

Oh baru saya tahu....
ini adalah tahanan pati yang mengalunkan ayat suci Alquran dalam video yang tersebar di media dulu.....


Ustaz Nafis
telah mendapat perhatian ramai apabila video bacaan alquran surah al qalam dari dalam penjara menjadi viral. Beliau adalah seorang hafiz dan alim. beliau telah menghabiskan masa hampir 15 tahun belajar al-quran di malaysia dan berhasrat membuka madrasah tahfiz di kemboja. sebahagian hasil jualan CD ini akan disalurkan kepada beliau. Sokongan semua pihak sangat dihargai.





Sekumpulan orang yang ke Kambodia Menjumpainya Dan Membuat Rakaman Bacaan Surah-Surah Pilihan Dalam CD Ini. Harap Semua Dapat membantu Ustaz Untuk Membuka Madrasah Tahfiz Di tempat Kampungnya Di Kemboja

Sunday, June 1, 2014

Dengan Siapa Wajib Bertudung ??

Dengan siapa kita nak pakai tudung? Siapa mahram kita? Jom tengok rajah kat bawah ni. Rasanya anda mesti lagi paham, kan.


Anda tau tak apa yang paling penting bila kita pakai tudung? Jenis tudung atau cara memakainya? Jawapannya ialah menutup aurat. Menutup aurat bukan saja menutup rambut tapi tutuplah bahagian lain yang di anggap sebagai aurat seperti bahagian dada dsb. Kalau tak tutup aurat tak guna gak.


Mari kita sama-sama amalkan dan sampaikan kepada semua umat manusia.

Tugas Bapak Dan Anak Selepas Kelahiran


1. Mengazan dan mengiqamatkan anak

Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”
Syarat dan pelaksanaan :

Islam mensyaratkan agar azan dilaungkan (sederhana) di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi.

2. Melakukan Sujud Syukur

Para suami juga disunatkan melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).

3. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa. Pengertian tahnik secara bahasa dan syr’i adalah mengunyah sesuatu dan meletakkanya di mulut bayi. Maka dikatakan mentahnik bayi, mengunyah kurma kemudian menggosokkannya di langit-langit mulut bayi.

Ia boleh dilakukan oleh bapa kanak – kanak itu atau dibawa ke rumah orang – orang soleh untuk ditahnikkan dia kerana anak – anak yang lahir di zaman Nabi saw membawa anak – anak mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh Nabi saw.

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

4. Mendoakan anak & memberi nama

Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa - Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.

5. Penyembelihan aqiqah & bercukur rambut

Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.

6. Menanam uri

Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluarga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta.

Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam.

7. Mengkhatankan anak

Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan..

Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.

Wednesday, May 28, 2014

Hukum SEBAT Martabat Syariah

Buat Pengajaran



Jika perogol ini kesan sebatan jika anda di sabit kesalahan..

Pegawai Polis Kena Sebat 6 Kali Di Khalayak Ramai ?




BANDA ACEH – Seorang anggota polis di wilayah Aceh dihukum sebat enam kali di khalayak umum di kawasan masjid di daerah Sabang, kelmarin atas kesalahan berjudi.

Pendakwa raya Darwin berkata pada laporan AP, hukuman ke atas Sarjan Irwanuddin itu adalah yang pertama dikenakan ke atas pihak berkuasa.

Irwanuddin telah didakwa melanggar undang-undang Syariah yang dilaksanakan di wilayah tersebut. -SH



Hukuman sebat martabat syariah

NEGARA pernah dikejutkan dengan berita tiga wanita Islam disebat atas kesalahan melakukan hubungan luar nikah di Penjara Wanita Kajang baru-baru ini. Pasangan lelaki ketiga-tiga wanita terbabit turut disebat di penjara sama. Bagi saya, ia adalah khabar gembira bagi segenap masyarakat Islam yang ingin melihat undang-undang Islam dilaksanakan.

Ia menggambarkan inisiatif kerajaan yang bukan hanya mahu undang-undang sebatan Islam ini hanya tinggal sebagai tulisan malah dipraktikkan. Namun, seperti dijangka muncul beberapa golongan yang menentang keras pelaksanaan sebatan ini atas pelbagai alasan. Mereka mengeluarkan dalil, hujah, fatwa dan pelbagai tanggapan serong terhadap pelaksanaan sebatan syariah ini. Saya merujuk kepada kenyataan akhbar beberapa pihak seperti Sisters-in-Islam (SIS), Awam, Majlis Peguam dan beberapa pihak lain yang mempertikaikan pelaksanaan sebatan syariah ke atas tiga pesalah syariah wanita baru-baru ini. Saya hairan kenapa masih ada golongan yang tidak memahami dwisistem perundangan diamalkan di negara kita.

Malah, bantahan ini menggambarkan seolah-olah apa saja yang dibuat oleh pihak berkuasa berkaitan agama Islam, ada saja yang tidak kena. Perlu ditegaskan sekali lagi di sini bahawa sebatan syariah jauh berbeza daripada sebatan sivil. Sebatan syariah tidak mencederakan mahupun melukakan pesalah berbanding sebatan sivil yang meninggalkan parut dan kesan dalam jangka masa dua tahun.

Saturday, May 17, 2014

HUKUM MEMINUM MINUMAN YANG DIMASUKI SEMUT..

HUKUM MEMINUM MINUMAN YANG DIMASUKI SEMUT..

  RACUN SERANGGA 2014 SERANGGA BETAUBAT

Soalan:
Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan:
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup

Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Sharing is Caring. .
Share kepada Rakan-Rakan Anda.
Moga Sama2 Dapat Saham Pahala sebarkan ilmu..

Thursday, May 15, 2014

Talam 2 muka dalam dunia Islam


Christian Snouck Hurgronje atau lebih dikenali dengan nama Snouck Hurgronje adalah orientalis terkemuka daripada Belanda. Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1857 di Oosterhout, Belanda. Bapanya, J.J Snouck Hurgronje adalah seorang paderi dan pendeta Kristian Prostetan.


Snouck Hurgronje melanjutkan pelajaran di Universiti Leiden pada tahun 1875 ketika berusia 18 tahun. Pada mulanya beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan teologi namun beliau menukar jurusan pengajiannya kepada jurusan Sastera Bahasa Arab. Beliau meraih gelaran doktor falsafah sastera Arab pada tahun 1880.
Kelayakan sebagai doktor falsafah melayakkan beliau menjadi seorang pensyarah bagi calon-calon pegawai Belanda yang ingin dihantar berkhidmat untuk VOC(Syarikat Hindia Timur Belanda) di Hindia Timur(kini dikenali Indonesia).
Misi Snouck Hurgronje di Mekah
Pada tahun 1884, beliau pergi ke Mekah untuk mendalami pengetahuan dalam bahasa Arab. Apabila tiba di sana beliau menyatakan dirinya adalah penganut Islam dengan nama Islamnya, Abdul Ghaffar. Terdapat sesetengah sejarahwan menyatakan bahawa Snouck Hurgronje hanya berpura-pura memeluk Islam bagi mengaburi beberapa pihak terutama pihak berkuasa Mekah.


Snouck Hurgronje ketika di Mekah sebagai individu bernama Abdul Ghaffar. Snouck mengikuti jejak orietalis Ludorico Bartena yang berjaya menyusup masuk ke Mekah pada tahun 1503.

Tujuan sebenar beliau ke Mekah adalah ingin merisik sifat fanatik umat Islam Acheh di Mekah yang mana pada pengamatannya umat Islam Acheh menjadikan Mekah sebagai pengkalan mereka untuk meraih kemerdekaan daripada penjajah Belanda. Maka tidak hairan apabila terdapat sumber-sumber sejarah mengatakan Snouck Hurgronje telah ditaja oleh kerajaan Belanda semasa berada di Mekah atas tujuan perisikan maklumat.

Di Mekah, ramai ulama bersyarah dan menaikkan api semangat jihad di kalangan masyarakat nusantara bagi menentang penjajah kafir yang menganiayai masyarakat Islam tempatan. Snouck berjaya berkenalan dengan beberapa ulama dan individu seperti Sheikh Waliyul Hijaz, Raden Abu Bakar Jayadiningrat dan Haji Hasan Musthafa. Beliau menarik simpati ramai lagi individu atas dasar persaudaraan sesama ‘muslimin’.


Haji Hassan Mustafha


Berbekalkan perkongsian ilmu daripada mereka bertiga dan ramai masyarakat Islam di Mekah, Snouck berjaya memahami selok belok kehidupan masyarakat Islam Acheh termasuk kelemahan dan kekuatan mereka. Di Mekah, Snouck sempat merakam gambar masyarakat Islam. Malahan, terdapat sebuah petikan alunan al-Quran yang dirakam oleh Snouck Hurgroje yang dipercayai antara yang tertua pernah direkodkan.




Kembali ke Belanda dan berkhidmat di Acheh

Pada tahun 1885, beliau kembali mengajar di Universiti Leiden dengan pengetahuan dan pengalaman yang baru. Namun, beliau merasakan adalah tidak adil jika beliau mengajar tetapi beliau sendiri tidak pernah berada Hindia Timur khususnya Acheh.

Tidak lama selepas itu iaitu pada tahun 1889, beliau menawarkan diri untuk berkhidmat di Hindia Timur iaitu di wilayah Acheh. Beliau diberi tugas sebagai penasihat bahasa oriental dan hukum Islam. Pada 9 Julai 1891, beliau menetap di Peukan Acheh.


Snouck Hurgronje(berbaju putih) dan van Huertz(berbaju hitam)

Pada 4 Februari 1892, beliau kembali ke Jakarta(dulu dikenali Betawi) namun beliau sering berulang-alik ke Acheh bagi memberi nasihat kepada Jeneral Belanda di Acheh, van Heutsz berkenaan selok-belok kekuatan masyarakat Islam Acheh.




van Heutsz(paling hadapan) semasa meneliti pasukannya yang bertempur dengan tentera jihad Acheh.


SAMBUNGGAN Snouck Hurgronje menjadikan islam sebagai agama masjid




kredit takusahrisau.wordpress.com

Wednesday, May 7, 2014

Perbezaan Ketam Halal Dan Ketam Yang Haram Dimakan

Ketam nipah adalah harus dimakan atau halal. Manakala ketam batu adalah haram dimakan. Kebanyakkan ulamak mengatakan binatang hidup dua alam adalah haram dimakan.

Imam Syafie, Imam Nawawi, Imam Hambali mengatakan haram memakan binatang dua alam ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Dihadapan Rasulullah S.A.W. seorang tabib memeperagakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yang dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah S.A.W. melarang kita membunuh katak itu.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I)



Jom kita lihat apa beza ketam nipah (halal) dan ketam batu (haram) supaya kita tak tersalah beli atau makan.

PERINGATAN: Admin tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wednesday, April 23, 2014

Makna Bacaan Dalam Solat


Video yang mudah dan ringkas menerangkan maksud bacaan dalam solat..

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang solat dalam keadaan lalai.” (Al-Maun : 4-5)

Di antara yang dimaksudkan dengan lalai dalam solat ialah mendirikannya tanpa memahami maksud dan bacaan di dalamnya sehingga tidaklah seseorang itu berdiri menunaikan solat melainkan sekadar membaca apa yang dihafal..

Moga video ini memberi manfaat kepada kita semua dalam menghayati bacaan dalam solat seharian kita..Amiin Ya rabb..
--- Subscribe Channel Youtube --
http://www.youtube.com/user/teamkosuke
-- Join FB Group untuk berkongsi maklumat --
https://www.facebook.com/groups/zonkita/
--- Follow Twitter ---
www.twitter.com/zonkitaorg

Monday, February 24, 2014

Sistem Pemilihan Khalifah



Tahukah anda ?



Khalifah merupakan satu jawatan memerintah negara Islam menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah wafat. Perkataan khalifah berasal daripada perkataan ‘khulafa’ yang bermaksud pengganti. Tugas dan tanggungjawab khalifah sama seperti seorang rasul, cuma khalifah tidak diperlengkapkan dengan mukjizat dan wahyu. Dalam sejarah Islam, terdapat empat orang khalifah yang menerajui Khulafa al Rasyidin dan cara pemilihan mereka adalah berbeza.

Friday, April 19, 2013

Makna Da`ie Maksud Daie

Assalamualaikum.
Dgn Nama ALLAH yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…….
Rasanya mesti ramai yang tak tahu lagi maksud daie kan? Atau nak sebut dengan betul, da'ie. Rugi rasanya kalau kita yang beragama Islam ni tak tahu,tak ambil tahu,tak ingin tahu,malas nak ambil tahu apa maksud daie. Sebab antara sedar atau tidak, kita juga tergolong dalam golongan daie.

Maksud daie kalau dari segi istilahnya ialah pendakwah. Ye pendakwah, jangan sempitkan pemikiran tu, asalkan kita sebut dakwah je mesti nak tuju terus kat ustaz/uztazah. Kalau kita ajak sahabat pada jalan kebaikan,itu juga antara salah satu dakwah.

Betulkan saya kalau saya silap. Kita ni daie,benarkah? Atau kita yang suka-suka gelarkan diri kita daie?Layakkah kita sebagai daie?. Apa itu daie..?Saya tidak mahu terikat dengan mana-mana maksud yang ditafsirkan untuk dihafal atau sewaktu dengannya..kerana apa..??Kerana pengertian daie ini luas..seluas langit Ilahi..kalau nak tafsirkan dengan satu ayat sahaja tak padan..

Tapi cukup saya terangkan daie ialah 'afradul muslimin' yang lahir dari tarbiyyah,dan cuba untuk menyebarkan apa yang dia dapat dari tarbiyyah tersebut kepada manusia-manusia disekelilingnya..disamping dia sendiri mengislahkan dirinya bersandarkan konsep 'Islah nafsih,wad`u ghairih'. Mengislahkan diri sendiri dan mengajak orang lain turut sama mengislahkan diri Atau dalam kata mudah, kita perbaiki diri kita disamping itu ajak orang lain turut memperbaiki diri.

Jadi..adakah orang yang mengajak orang lain ke arah kebaikan tapi dalam masa yang sama dia tidak melakukan perkara yang sama layak digelar daie..?Satu persoalan...
apa syarat menjadi seorang daie..?Menurut seorang ustaz didalam satu usroh,ada tiga syarat dan tiga syarat ni kalau dipenuhi maka mahu tak mahu tanggungjawab sebagai seorang daie harus dipikul.
Syarat-syaratnya:Islam,Baligh dan ber`akal..
mudah bukan..?

Semestinya kita tergolong dalam golongan yang di taklifkan itukan..Persoalan seterusnya apakah kita memenuhi kriteria seorang daie..?

10 muwassafat tarbiyyah yang harus ada pada tiap-tiap peribadi daie ialah:

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang sahih
3. Akhlak yang mantap
4. Sihat tubuh badan
5. Luas pengetahuan
6. Mampu berdikari
7. Melawan hawa nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10.   Bermanfaat kepada orang lain.

Bila fikir balik,rasa macam ada yang kurang. Masih lagi rasa di tahap yang tak memuaskan untuk letak diri ni sebagai daie islam. Bila kita nak tegur orang pun, dah hebat sangat ke kita ni? Diri kita pun masih tak betul lagi, diri kita pun masih banyak yang kurang lagi. Namun jangan risau sahabat..kita adalah daie..selagimana kita menyeru diri kita dan orang sekeliling kita kearah kemakrufan selagi mana kita berusaha memperbaiki diri kita...dan  selagimana kita bersusah payah menempatkan diri dalam redha ALLAH,dan mengajak orang lain pada tempat yang sama..kita lah daie pewaris perjuangan RasuluLLAH s.a.w tercinta..semoga kita semua tabah dalam perjuangan..InsyaALLAH..

WALLAHUALAM...
Moga Allah dan Islam sentiasa di hati...

Wednesday, April 17, 2013

Menggenal musuh dan pengghalang dalam menuju Islam secara keseluruhan


Bismillahirrahmanirrahim………..
Asalamualaikum saudara sekalian ,saya hanya hamba Allah yang cuba memahami WahyuNya….jika tedapat kesilapan harap di tegur secara terang …..apa yang cuba saya fahami adalah berkenaan ISLAM SEBENAR
Di lihat Dari QS 2:208

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
Pertama sekali adalah IMAN, seseorang mesti megimani setiap wahyu Allah 6236 ayat,sesudah beriman harus menjadi islam yang 100%…dan jauhi sikap syaitan……kerana langkah syaitan adalah penghalang kepada Iman kita kepada Allah,Al quran dan Islam…..…mari kita lihat

Friday, April 12, 2013

Wanita Haid Boleh Masuk Masjid Dan Membaca Al Quran??

SEKITAR PERSOALAN AMALAN WANITA YANG DIDATANGI HAID
SOALAN:
Apa hukumnya seorang wanita berhadas besar seperti dalam keadaan haid untuk duduk belajar, mendengar ceramah (kulliah) atau diam di dalam masjid? Apakah dibolehkan atau diharamkan? Tolong jelaskan dengan dalil-dalil dari al-Quran dan hadis sahih serta penjelasan dari syara.
JAWAPAN:1
Tidak mengapa (dibolehkan) bagi wanita yang sedang kedatangan haid atau berhadas besar (berjunub) belajar, membaca al-Quran, mendengar kulliah (ceramah) dan duduk di dalam masjid. Malah dibolehkan duduk atau tinggal lama di dalam masjid walaupun dalam keadaan berhadas besar seperti semasa kedatangan haid. Adapun dalil-dalil dari syara yang membolehkan ialah:
1 - Imam al-Bukhari telah memberi sebuah judul dalam kitab sahihnya dalam persoalan yang berkaitan dengan perkara ini (perempuan duduk atau tidur di masjid):
“Bab: Tidurnya Perempuan di Dalam Masjid”.
Dan berikut ini adalah hadis sahih berupa penjelasan dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha iaitu tentang seorang hamba perempuan berkulit hitam, wanita itu menjadikan masjid sebagai tempat tinggalnya (duduk menetap) di masjid, dia bekerja sebagai tukang pembersih masjid maka ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:
“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha dia berkata: Sesungguhnya ada seorang hamba perempuan berkulit hitam milik salah seorang suku dari bangsa Arab, lalu dimerdekakannya, kemudian dia pun tinggal bersama mereka. Berkata ‘Aisyah: Kemudian perempuan itu datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan masuk Islam. Berkata ‘Aisyah: Dan perempuan itu mempunyai khemah (tempat tinggal) di dalam masjid (sebagai tempat penginapannya)”. (H/R Bukhari, 439)
Tentunya perempuan (hamba berkulit hitam) yang diceritakan oleh ‘Aisyah sama seperti perempuan-perempuan yang lain, setiap bulan pasti kedatangan haid, tetapi tidak pernah ada pengecualian dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar beliau keluar dari masjid semasa beliau kedatangan haid. Ini menunjukkan bahawa perempuan yang kedatangan haid (sedang berhaid) tidak dilarang (tidak haram) masuk dan duduk di dalam masjid. Sama ada untuk belajar atau mendengar ceramah atau kulliah.
Hadis ini dikuatkan lagi dengan hadis seterusnya:
“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu beliau berkata: Bahawasanya ada seorang lelaki berkulit hitam (atau seorang perempuan berkulit hitam), yang bekerja membersihkan masjid telah meninggal dunia, lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bertanya mengenai perempuan tersebut, mereka menjawab: Beliau telah meninggal dunia. Baginda bersabda: Mengapakah kamu tidak memberitahukan kepadaku berkenaan kematiannya, tunjukkanlah aku akan kuburnya. Lalu baginda pergi kekuburnya kemudian baginda bersolat untuknya”. (H/R Bukhari 458,460 dan 1337)
Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, bahawa hamba yang meninggal yang bekerja sebagai pembersih masjid tinggal (menetap) di dalam masjid, dia adalah seorang hamba perempuan. Oleh kerana tidak ada larangan dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam untuk hamba ini tinggal (menetap lama) di dalam masjid, walhal sudah dimaklumi setiap perempuan pasti kedatangan haid disetiap bulan, namun tidak ada pengecualian dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar beliau keluar semasa kedatangan haid, malah tidak pernah ada perintah agar hamba ini keluar semasa kedatangan haid. (Lihat: Fathul Bari, syarah hadis 458. Ibn Hajar) Maka dengan kenyataan ini, amat jelas bahawa tidak ada larangan bagi perempuan yang berhadas besar dan kedatangan haid untuk duduk, belajar atau mendengar ceramah di dalam masjid.
2 - Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah menyuruh ‘Aisyah radiallahu ‘anha masuk ke masjid yang mana beliau sedang dalam keadaan berhaid, sedangkan baginda tahu hal keadaan ‘Aisyah sebagaimana kenyataan dari hadis sahih di bawah ini:
“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepadaku: Ambilkan untukku sehelai sejadah (sejadah kecil untuk alas sujud). Aku berkata: Sesungguhnya aku sedang haid. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya haidmu itu bukan di atas tanganmu”. (H/R Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An-Nasaii, Ibn Majah, Ahmad dan selain mereka)

JAWAPAN :2

Firman Allah surah an nisa ayat 43

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Pengampun.

Boleh lalu  di dalam masjid,tetapi tidak duduk untuk bersama jemaah.....
link USTAD AZHAR IDRUS

Membaca Al Quran terjemahan hukumnya boleh


Al-Quran bongkar rahsia pembinaan piramid

Pembongkaran misteri piramid adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu.

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta. (al-Qasas: 38).
Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibinakan oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.
Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah daripada tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum, menegaskan bahawa piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil daripada olahan tanah liat.
Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.
Kajian itu menegaskan, bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram. Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Sehubungan itu, Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, beliau menegaskan bahawa batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam semula jadi dengan batu buatan manusia.
Penemuan oleh Davidovits adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun. Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, Piramid Matahari dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat. Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa yang lalu.
Tanah liat
Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid. Beliau berkata:, "Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga dibina daripada 'tanah liat'.
Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuan dunia menemukan rahsia tersebut.
Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.
Jika ditinjau daripada kejadian Nabi Adam sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, adalah juga berasal daripada penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.
Daripada pemaparan hakikat ayat al-Quran di atas, jelaslah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkan dia di Laut Merah bersama tenteranya.
Malah Allah juga menyelamatkan Nabi Musa as daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang didambakan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian.

© Utusan Melayu (M) Bhd



















Saturday, March 9, 2013

Kisah Biawak(Dhab) Yang Beriman


Sumber 



Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah wan-Nihayah bahawa dalam sebuah kisah yang disampaikan oleh Sayyidina Umar al-Khattab r.a. : 


Rasulullah s.a.w. sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi dari Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah s.a.w. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan. 


Melihat ramai yang berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi, maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata, “Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat mengembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya!” 


Sayyidina Umar al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata,”Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!” 


Nabi s.a.w. tenang menjawab permintaan Umar r.a., “Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?” 


Nabi kemudian berkata kepada Arab Badwi itu,”Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!” 


Arab Badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata, “Demi tuhan Latta dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu,” katanya sambil mengeluarkannya ke hadapan Nabi s.a.w. 


Nabi s.a.w. memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dengan bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir, “Ya wahai Nabi s.a.w.!” 


Nabi bertanya,”Kepada siapakah engkau beriman?” 


Jawab biawak itu,”Saya beriman kepada Tuhan yang di langit itu ‘Arasy-Nya, di bumi itulah kekuasaan-Nya, dan di lautan itulah jalan-Nya, di Syurga itu rahmat-Nya, dan di Neraka itu azab-Nya!” 


Tanya Nabi lagi,”Aku ini siapa wahai biawak?” 


Jawab si biawak, “Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!” 


Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata, “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amat kukasihi zahirku dan batinku.” 


Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir : 
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi adalah pesuruh-Nya.” 



Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, “Syukur kepada Allah yang telah menganugerahkan hidayah-Nya kepadamu, sesungguhnya Islam ini adalah yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya, dan ia tidak diterima tanpa solat, dan solat pula tidak diterima melainkan dengan al-Qur’an.” 


Jawabnya, “Kalau begitu ajarlah saya al-Qur’an itu, wahai Nabi.” Nabi pun mengajarkannya membaca surah al-Ikhlas. 


Beliau berkata, “ Saya tak pernah mendengar kata-kata yang lebih hebat daripada ini!” 


Nabi menambah, “Ini adalah perkataan Allah, bukannya sajak, jika engkau membaca surah al-Ikhlas ini sekali, ganjarannya di sisi Allah seumpama engkau membaca sepertiga dari al-Qur’an. Jika engkau membaca dua kali seumpama dua pertiga dari al-Qur’an dan jika engkau membaca tiga kali seumpama engkau telah membaca keseluruhan al-Qur’an." 


Jawab Arab itu, “Tuhan itu adalah Tuhan kami, Dia menerima dari kita sedikit tapi membalasnya dengan banyak!” 


Nabi bertanya kepadanya,”Adakah kamu memiliki harta?” Jawab beliau, “Tiada seorang pun dalam Bani Sulaim yang lebih miskin dari saya.” 


Nabi bersabda kepada para sahabat, “Berikan kepadanya apa-apa yang kamu ada!” 


Para sahabat memberikannya bantuan hinggakan dia mendapat harta yang amat banyak terkumpul. Kemudian Abdul Rahman bin Auf r.a berkata kepada Nabi, “Wahai Rasulullah!Saya memiliki seekor unta yang hamil 10 bulan, yang sederhana besarnya, saya perolehi dalam Perang Tabuk, sekarang saya hendak mendekatkan diri kepada Allah. Saya ingin menghadiahkannya kepada saudara baru kita ini!” 


Nabi s.a.w bersabda, “Engkau menceritakan tentang untamu yang engkau telah hadiahkan padanya, sekarang aku akan menceritakan bahagianmu yang diberikan Allah sebagai balasan di akhirat. Allah s.w.t. akan menganugerahimu di akhirat unta yang diperbuat dari permata hijau, tengkuknya dari permata kuning memiliki pelana yang hebat dan ia akan melintasi titian sirat dengan pantas seperti kilat, semua orang akan merasa iri kepadamu pada Hari Qiyamat." 


Kata Abdul Rahman, “ Saya redha dengannya wahai Nabi.” 


Arab itu pun keluar dari kawasan itu. Sekonyong-konyong datang kaumnya dari Bani Sulaim seramai seribu orang menaiki seribu unta dan membawa bersama mereka seribu pedang dan lembing. 


Dia bertanya, “Ke manakah haluan kamu? " Mereka menjawab, “Kami ingin memerangi orang yang menghina tuhan kita! Kata Arab Badwi itu kepada kaumnya, “Jangan! Aku sendiri telah beriman dengannya!” Lalu semua kaumnya beriman pada Rasulullah.

Wednesday, March 6, 2013

Hukum Meninggalkan Solat Ketika Kesesakan Jalan


Hukum Meninggalkan Solat Ketika Kesesakan Jalan

Saturday, March 2, 2013

MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT

NIKMAT ALLAH KEPADA KITA


Holy Quran - 14:7
  Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." 

Alhamdulilah...kerana di beri nikmat oleh Allah.....dengan bersyukur
Firman Allah lagi supaya kita bersyukur

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

Dengan bersyukur kita di tambahkan nikmat oleh Allah swt,
selagi kita sebagai muslim  tidak mengingkari nikmat Allah swt

Ayuh saudara semuslim mari kita pastikan setiap diri tidak ingkar kepada nikmat yang di beri,
mari kita bersama sama mensyukuri nikmat nikmat yang di beri


Berbagai nikmat yang di berikan


Senarai nikmat yang teratas
Quran 55:1_12

Al-Quran adalah sebesar besar Nikmat yang tidak boleh di ingkari
mensyukuri Ia dengan memahami dan menguasai


ADAKAH KITA???

Monday, February 25, 2013

Download Sirah Rasulullah s.a.w


Sirah Rasulullah s.a.w


Terima Kasih kerana mengunjungi laman in

Salaam 
Di sini anda boleh download terjemahan Al-Raheeq al-Makhtum:
Al-Raheeq al-Makhtum merupakan Sirah Rasulullah s.a.w

Ebook ini ditulis oleh:

Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy
India
Pemenang Hadiah Pertama
Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah

sila share jika bermanfaat buat semua.....

Wednesday, February 20, 2013

Jom Berbahasa Arab


Jom berbahasa Arab
Ucapan Assalamualaikum dan di sambung dengan perkataan di bawah menjadikan salam kita lebih indah dan berguna buat individu yang bersiap siap untuk melawat kota mekah kelak

أَهْلاً وَسَهْلاً وَمَرْحَبًا بِكُمْ
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum
Maknanya : Selamat datang kepada anda semua
Terjemahan ayat :
أَهْلاً وَسَهْلاً - jadilah ahli dan bersenang-senanglah (tetapi kita boleh nyatakan maksudnya sebagai “selamat datang”)
وَ - dan
 مَرْحَبًا بِكُمْ – alu-aluan kepada anda semua (tetapi kita boleh nyatakan maksudnya sebagai “selamat datang” atau “hai”)
Semoga anda dapat mempraktikkan ayat ini kepada sesiapa sahaja terutama apabila bertemu dengan orang yang baru dikenali.
                                                                              Banyak Lagi SINI

Tuesday, February 19, 2013

Wanita Dan Lelaki Yang Baik Itu Sebenarnya Untuk Siapa?


Ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”
Dengan ini ramai di antara kita menggunakan ayat ini untuk menyatakan tentang hal-hal berkaitan jodoh. Tetapi ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan maksud ayat ini kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak selalunya demikian. Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi si suami begitu zalim.
Untuk menjelas hal ini kita perlu memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai habis. Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.
Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayangi Aisyah.
Pengajaran yang kita dapat ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. Seperti juga hubungan suami isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram. Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.
Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Namun jika tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka atau suami yang terlalu zalim, maka bercerai adalah langkah yang jauh lebih baik dari membiarkan diri terseksa dan rumah tangga yang dipenuhi kemurkaan. Kerana tidak mungkin seorang yang baik itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang kita perlu fahami.
Selain itu kita juga perlu jelas bahawa orang yang baik-baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui bahawa kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Namun sekiranya kita adalah seorang yang berilmu, kita tidak seharusnya memandang hina pada orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Jika  kita manusia yang alim, maka membimbing dan mentarbiah pasangan adalah tanggungjawab kita.
Saya hairan dengan sesetengah sikap manusia yang merasakan dirinya baik, punyai keluarga yang beragama tetapi memandang hina insan lain. Bagi mereka orang-orang yang tidak berlatarbelakang agama dan hidup dengan penuh sosial itu begitu hina dan tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ini benar jika orang-orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan ingin mengheret kita ke jalan maksiat. Tetapi tidak jika mereka mahu berubah, mereka ingin belajar tentang Islam dan ingin kembali kepada Allah. Mereka perlu diberi peluang untuk bersama kita menghayati keindahan Islam.
Namun sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka mengabaikan manusia-manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka, malah tidak kurang juga yang menghina. Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!
Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik.
Harus diingat, wanita semulia Asiah sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim. Seandainya kita ini sebaik dan semulia Asiah, kita juga masih belum layak untuk mengakui bahawa kita hanya layak menerima pasangan yang baik. Namun sebagai hamba yang disayangi-Nya, Allah tidak akan sesekali menzalimi kita.
Sebaik atau sejahat manapun pasangan yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah salah dalam aturannya. Namun untuk mencari yang lebih baik, Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita hanya perlu belajar dan mula mengamalkannya.

Sunnah Suami Letak Tangan Di Ubun Isteri Dan Berdoa






(Sunnah Suami Letak Tangan Di Ubun Isteri Dan Berdoa)


~* AMALAN SUNNAH Rasulullah saw yang jarang dipraktikkan oleh pasangan yang baru berkahwin pada hari ini ialah di mana suami MELETAKKAN TANGAN di ubun kepala isteri sambil membaca doa :


"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan 
segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung 
kepadaMu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkauciptakan pada dirinya." 

-(Riwayat Abu Daud)-