Monday, January 25, 2016

maksud consignment

TOLONG TEGUR JIKA SAYA SALAH


Hantar- dan di periksa dalam keadaan baik

sing-prosedur biasa setelah berpuas hati

bayar-bila bila mahu..setelah habis,semasa terima barang...budi bicara

ada pendapat pula

Beginilah....agar mudah paham

Tuan membuat kerepek muruku. Tuan hantar 20 bungkus ke kedai runcit di tempat tinggal tuan.

Tuan letakkan sendiri, susun sendiri kerepek muruku di rak dalam kedai runcit itu.

Pada hujung minggu tuan pergi ke kedai runcit itu. 10 bungkus kerepak tuan terjual. Bungkusan yang ada bersepah-sepah.

Tuan pun letakkan 10 bungkus lagi, susun semua bungkusan elok-elok. Begitulah tiap-tiap minggu tuan lakukan.

Ada satu masa, semua bungkusan muruku tuan habis licin. Tetapi towkay kedai tidak peduli pun mahu beritahu tuan supaya hantar bekalan baru!

Pada 30hb, tuan beritahu towkay kedai runcit itu 52 bungkusan muruku yang terjual.

Towkay itu pun membayar tuan harga 52 bungkusan itu selepas ditolak diskaun 40%.

Begitulah sistem consignment.



Saturday, December 26, 2015

Siapakah Uwais Al Qorni sebenarnya



Gambar Hiasan



Wali Allah: Tidak dikenal di dunia, terkenal di langit...

Sufi besar yang telah diriwayatkan Nabi kepada sahabat-sahabat. Uwais bin Amir bin Juz bin Malik bin Amru bin Mus'adah bin Amru bin Sa'ad bin Ashwan bin Qorn bin Rodman bin Najiyah bin Murod Al Murodi. Uwais, yang hidup di zaman Nabi akan tetapi tidak pernah bertemu.

Kulitnya kemerah-merahan, tidak lekang berzikir: dagunya menempel di dada. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya. Makanannya air mentah dan tamar dan tidak pernah memakan makanan dimasak oleh api.Tiada orang yang menghiraukannya dan malah kehadirannya tidak pernah dirasakan.

Nama yang memainkan peranan biografi mistikal nabi. Siapakah Uwais Al Qarni?. Pernah disebut oleh Rasullullah lewat sebuah hadith. Uwais Al Qarni tidak dikategorikan sebagai sahabat, malah beliau tidak pernah pun berjumpa dengan Rasulullah SAW walaupun beliau hidup di zaman Rasulullah. Tapi beliau telah diiktiraf oleh baginda Rasulullah sendiri sebagai penghuni langit.
Rasulullah pernah menyuruh Sayidina Umar RA dan Ali KW untuk mencari Uwas, menyuruh mereka meminta supaya Uwais memohon keampunan (istighfar) “Pohonlah al-maghfirah (keampunan) daripada Allah swt.”. Sayidina Umar RA dan Ali KW merasa hairan siapakah Uwais ini?, begitu tinggi darjatnya sehingga boleh mengistighfarkan Amirul Mukmin, sedangkan Umar adalah salah seorang yang telah dijanjikan syurga.



Jabal Nur



Sekitar gua hira
Pertemuan
Pencarian selama 10 tahun setiap musim haji menemui jalan buntu. Selepas 10 tahun ketika berjumpa, Uwais berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah SAW kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku". Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua. Begitulah Uwais, telah mengetahui perkara dihadapannya.
Jawab Uwais: "Tuntutlah rahmat Allah ketika mentaatiNya, dan harapan tuan di celah-celah yang demikian."

Umar bertanya, "Bagaimana hal engkau wahai Uwais?"
Jawabnya, "Bagiamanalah tuan fikir seorang lelaki kalau pagi hari ia mengira ia tidak akan sampai kepada petang hari dan kalau hari telah petang ia kira tidak akan sampai kepada pagi hari."

"Bagaiman tuan telah dapat sampai kepada kedudukan yang demikian tinggi, hai Uwais?".
Jawabnya, "Saya hidup pada maqam takut kepada Allah, iaitu satu maqam, manakala seseorang telah sampai ke sini, ia pun akan takut kepada Tuhan seperti ia berdosa membunuh semua manusia." Uwais menasihati Umar, supaya takut kepada Allah pada taraf pertama, kemudian taqwa kepada Allah pada taraf kedua.

Demikianlah Uwais sangat menjaga adab dalam beribadat hinggakan menjulurkan kaki ke arah kiblat tetap dihindirinya kerana malu dan hormat akan Allah s.w.t. dan mengibaratkan berada di majis-majlis besar yang sepatutnya bersopan-santun.



Pengembara di dunia yang fana.

Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: "Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Saidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai".
Kemudian Uwais hendak pergi. Lalu berkata, "Saya kira tidak ada seseorang pun mengenal Tuhannya akan merasa senang bersenang-senang dengan yang lain Tuhannya", kemudian beliau lari dengan kencangnya.




Di surahkan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah saw mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau saw, sekalipun ia belum pernah melihatnya.




Peperangan Uhud
Tahun berlaku : 7 Syawal, dan ada yang mengatakan pada 15 Syawal tahun ke-3 Hijriah.
Tempat peperangan : Berdekatan bukit Uhud di Madinah Al-Munawwarah

Ketua tentera muslimin : Nabi Muhammad S.A.W.
Bilangan tentera muslimin : 700 orang
Pemegang panji : Mus'ab bin Umayr
Bilangan syuhada' : 70 orang.

Ketua tentera musyrikin : Abu Sufyan Sakhr bin HarbBilangan tentera musyrikin : 3000 orang
Pemegang panji : Talhah bin Uthman
Bilangan tentera yang terbunuh : 22 orang menurut pendapat Ibnu Ishaq, dan 37 orang menurut pendapat Sofiyurrahman Al-Mubarakfuri (pengarang kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum).


Membawa ibu menunaikan haji
Uwais berpenyakit sopak, badannya putih. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga sampai dewasa. Walaupun dia sopak tetapi seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh dan telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi.
“Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dirinya gila.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas lapan bulan, telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan mudah sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.




Berbakti kepada yang tersayang. Mendukung ibu ketika mengerjakan haji.


Aku jadi tungganganya dan tidak menolak
Di saat semua menolak tapi aku bertindak
Jasa bunda melahirkanku, menyusuiku sangat banyak
Labaikallah Humma Labaik….

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:
“Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah?”.
Uwais menjawab:
“Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi:
“Bagaimana pula dengan dosa kamu?”.
Uwais menjawab:
“Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga“.
Ibunya berkata lagi:
“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini“.
Uwais berkata:
“Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala“.
Ibunya menambah:
“Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa”.
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa:
“Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.
Allah s.w.t. menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit siling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w. kepada Umar dan Ali.
”Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni. “



Demikianlah Uwais sangat menjaga adab dalam beribadat
hinggakan menjulurkan kaki ke arah kiblat tetap dihindirinya. Gambar hiasan.

Peristiwa angin kencang

Tidak lama kemudian, ibunya telah meninggal dunia. Nama Uwais kembali tenggelam tidak terdengar beritanya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh Uwais.
Satu waktu, seseorang bercerita ketika sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghantam kapal sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.




“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami!” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”. Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi?” “Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan dihantam ombak?” tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah!, katanya. “Kami telah melakukannya". “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!” Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal kami serta isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu waliyullah berkata pada kami, ”Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?”. Tanya kami. “Uwais al-Qorni”. Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya, ”Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya. “Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan sholat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.


Saat kematian

Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “Ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tidak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.).


Kufa berdekatan Najaf, Iraq


Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni?. Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta?. Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qorni” ternyata ia tidak terkenal di bumi tapi menjadi terkenal di langit.



Masjid di Kufah, Iraq

Biodata Uwais Al Qorni

Uwais Al-Qarni merupakan seorang pemuda yang masuk Islam semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. Berasal dari daerah Qaran di Yaman. Beliau wafat pada tahun 657M dan kuburnya terletak di daerah Baykan, Turki.
Beliau terkorban ketika menyebelahi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib khalifah yang sah ketika itu dalam Perang Siffin yang diperangi Muawiyah bin Abu Sufian yang cuba merampas kuasa.
"Sesungguhnya aku merasakan nafas ar-Rahman, nafas dari Yang Maha Pengasih, mengalir kepadaku dari Yaman!” Demikian sabda Nabi SAW tentang diri Uwais, yang kemudian dalam tradisi tasawuf menjadi contoh bagi mereka yang memasuki tasawuf tanpa dituntun oleh sang guru yang hidup.



"Tuntutlah rahmat Allah ketika mentaatiNya, dan harapan tuan di celah-celah yang demikian.", Uwais.
Rasulullah SAW bersabda: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya". “ Pohonlah al-Maghfirah (keampunan) daripada Allah swt. ”


Para sufi yang mengaku dirinya telah menempuh jalan tanpa pemba’iatan formal kemudian disebut dengan istilah Uwaisi. Mereka ini dibimbing langsung oleh Allah di jalan tasawuf, atau telah ditasbihkan oleh wali nabi yang misterius, Khidhir. Uwais yang bernama lengkap Uwais bin Amir al-Qarani berasal dari Qaran, sebuah desa terpencil di dekat Nejed. Tidak diketahui bila beliau dilahirkan. Dilahirkan oleh keluarga yang taat beribadah. Tidak pernah mendalami pendidikan kecuali dari kedua orang tuanya yang sangat ditaatinya.
Dalam kehidupan kesehariannya ia lebih banyak menyendiri dan bergaul hanya dengan sesama penggembala di sekitarnya. Oleh karenanya, ia tidak dikenal oleh kebanyakan orang disekitarnya,
“Ia tampak gila, tinggal sendiri dan tidak bergaul dengan masyarakat. Ia tidak makan apa yang dimakan oleh kebanyakan orang, dan tidak tampak susah atau senang. Ketika orang-orang tersenyum ia menangis, dan ketika orang-orang menangis ia tersenyum”.
*(Terkenal dengan sebutan Uwais Al Qorni yang zuhud, ini sebagaimana dinasabkan oleh Ibnu Al kalbi didalam kitab Usudul Ghobah 1/95, hadits yang dikelurakan oleh Ibnu Manduh dan Abu Nu'aim).





Allah SWT mengutus Nabi Hud a.s kepada kaum 'Aad yang menghuni daerah al-Ahqaf di sekitar Hadhramaut, Yaman. 'Aad, suatu kaum yang dianugerahkan kelebihan daripada segi kekuatan tubuh badan, keelokan paras rupa dan kekuasaan, namun mereka berbuat syirik dan melakukan kezaliman dan menjajah hamba-hamba Allah.





Sebuah syair memujinya
Kawan tercinta kekasih Allah; Di tanah Yaman, Uwais al-Qarani. Dia tidak berbohong; dan tidak makan makan haram Di tanah Yaman, Uwais al-Qarani Di pagi hari ia bangun dan mulai bekerja, Dia membaca dalam dzikir seribu satu malam Allah; Dengan kata Allahu Akbar dia menghela unta-unta Di tanah Yaman, Uwais al Qarani Negeri Yaman “negeri di sebelah kanan“, negeri asal angin sepoi-sepoi selatan yang dinamakan nafas ar-rahman, Nafas dari Yang Maha Pengasih, yang mencapai Nabi dengan membawa bau harum dari ketaatan Uwais al-Qarani, sebagaimana angin sepoi-sepoi sebelumnya yang mendatangkan keharuman yang menyembuhkan dari kemeja Yusuf kepada ayahnya yang buta. Ya’kub (QS, 12: 95), telah menjadi simbul dari Timur yang penuh dengan cahaya, tempat di mana cahaya muncul, yang dalam karya Suhrawadi menggambarkan rumah keruhanian yang sejati. “Negeri di sebelah kanan “ itu adalah tanah air Uwais al-Qarani yanag memeluk Islam tanpa pernah betemu dengan nabi.

Perihal Uwais
Bagi para sufi, dunia adalah kubah, dan perilaku seseorang adalah gema dari pelaku yang lain. Secuil apapun kebaikan yang kita lakukan, ia akan kembali. Jika bukan dari seseorang, ia akan datang dari orang lain. Itulah gemanya. Kita tidak mengetahui dari mana sisi kebaikan itu akan datang, tetapi ia akan datang beratus kali lipat dibanding yang kita berikan. Demikianlah, berdoa untuk kaum mualim akan bergema di dalam diri yang tentu saja akan berdampak besar dan positif dalam membangun dan meningkatkan kualiti kehidupan spiritual seseorang. Paling tidak, doa ini akan memupus ego di dalam diri yang merupakan musuh terbesar, juga sekaligus akan melahirkan dan menanamkan komitmen dalam diri “rasa cinta” dan “prasangka baik” terhadap mereka, yang merupakan pilar lain dari ajaran sufi, sebagai manifestasi cinta dan pengabdian kepada Allah swt. Uwais tidak pernah lengah untuk berdzikir, mengingat dan menyebut-nyebut nama Allah meskipun ia sedang sibuk mengurus binatang ternaknya. Dzikir dalam pengertiannya, yang umum mencakup ucapan segala macam ketaatan kepada Allah swt.

Namun yang dilakukan Uwais di sini adalah berdzikir dengan menyebut nama-nama Allah dan meningat Allah, juga termasuk sifat-sifat Allah. Ibn Qayyim al-Jauziyyah ketika memaparkan berbagai macam faedah dzikir dalam kitabnya.

“Al-wabil ash-shayyab min al-kalim at-thayyib,
”Menyebutkan bahwa yang paling utama pada setiap orang yang beramal adalah yang paling banyak berdzikir kepad Allah swt. Ahli shaum yang paling utama adalah yang paling banyak dzikirnya; pemberi sedekah yang paling baik adalah yang paling banyak dzikirnya; ahli haji yang paling utama adalah yang paling banyak berdzikir kepada Allah swt; dan seterusnya, yang mencakup segala aktiviti dan keadaan.



Mekah
Syaikh Alawi dalam,
“Al-Qawl al-Mu’tamad,” menyebutkan bahwa mulianya suatu nama adalah kerena kemuliaan pemilik nama itu, sebeb nama itu mengandung kesan si pemiliknya dalam lipat tersembunyi esensi rahsianya dan maknanya. Berdzikir dan mengulang-ulang Asma Allah, Sang Pemilik kemuliaan, dengan demikian, tak diragukan lagi akan memberikan sugesti, efek, dan pengaruh yang sangat besar. Al-Ghazali menyatakan bahwa yang diperoleh seorang hamba dari nama Allah adalah ta’alluh (penuhanan), yang berarti bahwa hati dan niatnya tenggelam dalam Tuhan, sehingga yang dilihat-Nya hanyalah Dia. Dan hal ini, dalam pandangan Ibn Arabi, berarti sang hamba tersebut menyerap nama Allah, yang kemudian merubahnya dengan ontologis. Demikianlah, setiap kali kita menyerap asma Allah lewat dzikir kepada-Nya, esensi kemanusiaan kita berubah. Kita mengalami tranformasi. Yang pada akhirnya akan membuahkan akhlak al-karimah yang merupakan tujuan pengutusan rasulullah Muhammad saw. Di lihat dari sudut psikologis sufistik, pertama-tama dzikir akan memberi kesan pada ruh seseorang, membentuknya membangun berbagai kualiti kebaikan, dan kekuatan inspirasi yang dimencadangkan oleh nama-nama itu.


Dan mekanisme batiniah seseorang menjadi semakin hidup dari pengulangan dzikir itu, yang kemudian mekanisme ini berkembang pada pengulangan nama-nama secara otomatis. Jadi jika seseorang telah mengilang dzikirnya selama satu jam, misalnya, maka sepanjang siang dan malam dzikir tersebut akan terus berlanjut terulang, karena jiwanya mengulangi terus menerus. Pengulangan dzikir ini, juga akan terefleksi pada ruh semesta, dan mekanisme universal kemudian mengulanginya secara otomatis. Dengan kata lain, apa yang didzikirkan manusia dengan menyebutnya berulang-ulang. Tuhan kemudian mulai mengulanginya, hingga termaterialisasi dan menjadi suatu reality di semua tingkat eksistensi. 


...................

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw (mafhumnya kira-kira) sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla menyintai akan makhluuqNya yang bersifat:

(i) Al-asfiyaa (iaitu orang-orang yang mempunyai hati dan rohani yang bersih, suci, jernih dan tulus dan benar-benar mendampingi Allaah swt) lagi bersifat

(ii) Al-akhfiyaa (iaitu orang-orang yang mengasingkan diri mereka daripada orang ramai atau orang-orang yang ber'uzlah, yang diam-diam, yang sembunyi-sembunyi, kerana Allah swt) lagi bersifat

(iii) Al-abriyaa (iaitu orang-orang yang terkena debu/berdebu, iaitu orang-orang yang kehidupannya adalah tersangat miskin, penuh pengorbanan dan kesabaran di atas kesusahan dan keperitan hidup yang mereka lalui kerana Allah swt) lagi bersifat

(iv) Asy-sya'ithah ruusuhum (iaitu orang-orang yang mana adalah rambut mereka kusut gemusut, tidak teratur, mungkin kerana sibuk dengan urusan-urusan ukhrowi dan juga menghadapi liku-liku kemiskinan hidup dan juga pengorbanan atas agama Allah swt) lagi bersifat

(v) Al-mughobbaroh wujuuhuhum (iaitu orang-orang yang mana wajah-wajah mereka penuh berlumuran debu, lantaran liku-liku kesusahan yang dihadapi dalam hidup mereka yang serba sederhana dan kekurangan dan kerana Allaah swt) lagi bersifat

(vi) Al-khomsoh butuunuhum (iaitu orang-orang yang tersangat kempis perut-perut mereka kerana kelaparan dan kurang makan, sama ada kerana sememangnya tiada makanan/miskin, atau pun kerana banyak berpuasa dsbnya), dan lagibersifat

(vii) Iaitu orang-orang yang bila memohon keizinan (kebenaran/perkenan) daripada pemimpin-pemimpin maka tidak diizinkan atau tidak diperkenankan bagi mereka, dan lagi bersifat

(viii) Kiranya mereka meminang wanita-wanita yang berharta atau berkedudukan duniawi sedikit maka pinangan mereka ditolak (lam yunkahuu, iaitu mereka tidak akan dinikahkan dengan wanita-wanita tersebut) dan lagi bersifat

(ix) Kiranya mereka ghoib atau menghilangkan diri (daripada sesuatu majlis atau tempat mithalnya), maka mereka tidak akan dicari oleh orang lain (iaitu orang ramai tidak ambil kisah dengan kehilangan atau pemergian mereka) dan lagi bersifat

(x) Kiranya mereka muncul atau hadhir (dalam sesuatu majlis atau sesuatu tempat mithalnya), maka orang ramai tidak gembira dengan kemunculan atau kehadhiran mereka itu, dan lagi bersifat

(xi) Kiranya mereka jatuh sakit, maka mereka tidak diziarahi (iaitu orang ramai tidak melawat/ mengunjungi mereka), dan lagi bersifat

(xii) Kiranya mereka mati, maka mereka tidak didatangi atau dikunjungi (iaitu orang ramai tidak menziarahi mayat-mayat mereka).

(Setelah mendengar sabdaan Baginda saw itu), maka mereka (ya'nii para sahabat r.a.) telah bertanya: Wahai Rasuulallaah, bagaimanakah bagi kami (untuk mendapatkan) seorang lelaki daripada mereka itu (iaitu orang-orang yang dicintai Allah swt yang mempunyai sifat-sifat di atas)?.

Sabda Baginda saw : Itulah Uwais Al-Qoroniy. Mereka (iaitu para sahabat r.a.) bertanya lagi: Dan bagaimanakah (sifat-sifat) Uwais Al-Qoroniyy itu?.



Peta Yaman

Sabda Baginda saw: (Dia) mempunyai mata yang agak kebiru-biruan dan juga berwarna kemerah-merahan/perang, di antara kedua bahunya agak jauh (ya'nii bidang dadanya), badannya lurus tegak seimbang bila berdiri, mempunyai warna kulit sawo matang (atau hitam manis), sentiasa cenderung dengan dagunya/janggutnya ke dadanya (ya'nii menundukkan kepalanya kerana tawadhu' dan banyak berzikrullah), pandangan matanya sentiasa berada ditempat sujudnya, sentiasa meletakkan yang kanan di atas yang kirinya, sentiasa mentilawahkan Al-Quran, sentiasa menangis atas dirinya, mempunyai dua helai kain usang/lusuh, tidak diendahkan oleh orang ramai (iaitu tidak diperhatikan dan tidak dipedulikan oleh orang ramai), sentiasa memakai kain sarung/izaar yang diperbuat daripada suuf (bulu) dan sentiasa memakai selendang yang juga diperbuat daripada suuf (bulu), tidak dikenali (majhuul) pada kalangan ahli bumi, dikenali (ma'ruuf) pada pandangan ahli langit, seandainya dia bersungguh-sungguh memohon kepada Allah swt pastilah Allah swt akan memberikan bahagian-bahagiannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya di bawah bahunya yang kiri terdapat bintik putih, ketahuilah bahawa bila datang hari qiyamat nanti dikatakan kepada hamba-hamba: Masuklah kalian ke dalam syurga!, dan dikatakan kepada Uwais: Berhenti, dan mintalah syafaa'at! Maka Allah 'Azza wa Jalla pun menerima syafaa'atnya seperti mana Robii'ah dan Mudhor.



Terkenal dengan sebutan Uwais Al Qorni yang zuhud, ini sebagaimana
dinasabkan oleh Ibnu Al kalbi didalam kitab Usudul Ghobah 1/95,
hadits yang dikelurakan oleh Ibnu Manduh dan Abu Nu'aim.
Wahai 'Umar! Wahai 'Ali, apabila kalian berdua telah berjumpa dengannya maka mohonlah kalian berdua kepadanya supaya dia memohon istighfaar (kepada Allaah swt) untuk kalian berdua, nescaya Allah akan mengampun kalian berdua (menerusi istighfarnya itu).

(Perawi) meneruskan cerita (mafhumnya): Maka mereka berdua (iaitu Umar dan Ali r.huma) terus menanti dan mencari akan Uwais rah.a. selama sepuluh tahun, tetapi mereka berdua tidak mampu (tidak berpeluang) untuk bertemu dengannya. Tetapi pada akhir tahun itu (iaitu tahun kewafatan Umar r.a.), maka Umar .r.a. terus naik ke Bukit Abu Qubais (iaitu sebuah bukit yang berhampiran dengan Masjidil Haram) lalu menyeru dengan suaranya yang kuat: Wahai ahli-ahli haji (iaitu jemaah-jemaah haji) daripada Yaman! Adakah Uwais di kalangan kalian?

Pemandangan Jabal Nur. Mungkinkah pertemuan di sini?


Maka lalu berdirilah seorang tua yang berjanggut panjang dan menjawab: Sesungguhnya kami tidak tahu akan siapakah itu Uwais. Akan tetapi, saya ada seorang anak saudara yang dipanggil Uwais, sebutannya/namanya tidaklah gah pada pandangan orang ramai (iaitu dia adalah amat tidak masyhur), lagi pula dialah yang paling tidak memiliki harta, dan segala urusannya sangat mudah, malah jauh lebih mudah daripada apa yang dapat saya terangkan kepada tuan, dan sesungguhnya dia adalah yang menjaga/mengembala unta kami, dan pada pandangan kami dia adalah seorang yang tidak berharga (iaitu dipandang rendah olehorang ramai).

(Daripada penerangan itu), Umar r.a. masih merasa samar-samar lagi, seolah-olah beliau tidak mahu akan dia (ya'nii tidak menduga akan dia). Lalu 'Umar r.a. pun bertanya lagi: Anak saudara kamu tu, adakah dia berada di Haram kita ini?.

Jawab orang tua yang berjanggut panjang itu: Na'am (Ya).

Tanya Umar lagi: Di manakah ianya boleh didapati?
Jawab orang tua itu: Nescaya dia memperlihatkan dirinya kepada tuan di Arafah.
(Perawi) melanjutkan ceritanya lagi (mafhumnya): Maka Umar dan Ali r.huma pun dengan segera menunggang menuju ke Arofah, maka disana mereka berdua mendapati seorang yang sedang berdiri solat, ke arah sebatang pokok, dan ada unta di sekelilingnya yang sedang merumput. Maka mereka berdua r.a. pun menambat kedua ekor himar mereka kemudian menghadapi lelaki itu sambil berkatalah mereka berdua: Assalaamu'alaikum wa rahmatullaah!.




Uwais rah.a. meringankan (memendekkan) solatnya kemudian menjawab Assalaamu'alaikumaa warohmatullaah!

Mereka berdua r.a. bertanya: Siapakah lelaki ini (siapa saudara?)

Jawab Uwais rah.a.: (Saya) adalah seorang pengembala atau penjaga unta dan juga seorang pelayan kepada suatu kaum.

Mereka berdua r. huma membalas: Bukanlah kami bertanya tentang penjagaan /pengembalaan itu, dan bukan juga tentang pelayanan. Siapa nama saudara?.

Jawab Uwais rah.a: Abdullaah (hamba Allaah).

Balas mereka berdua r.huma. lagi: Sesungguhnya kami sudah mengetahui bahawa semua ahli langit dan ahli bumi adalah Abiidullah (hamba-hamba Allah). Siapakah nama saudara yang mana ibu saudara telah menamakan saudara?.

..................






Sayyidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. , mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata:
“ Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. “
Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
.....................

Suatu saat Rasulullah Saw bercerita kepada para sahabat, “Sungguh, kelak ada orang yang termasuk tabi’in terbaik yang bernama Uwais. Dia memiliki seorang ibu, dan dia sangat berbakti kepadanya. Sehingga, kalau dia mau berdoa kepada Allah, pasti Allah akan mengabulkan doanya. Dia punya sedikit bekas penyakit kusta. Oleh karena itu, perintahkan dia untuk berdoa, niscaya dia akan memintakan ampun untuk kalian.” [HR Muslim].


....................




Illustrasi/Gambaran hidup kaum suffah

Ahli Suffah

Ahli Suffah merupakan satu kumpulan sahabat Rasulullah SAW yang daripada mereka dikatakan bermulanya aliran sufi atau tasauf. Mereka dikenali sebagai golongan miskin yang menumpang tinggal di beranda masjid Rasulullah SAW di kota Madinah. Perbelanjaan mereka ditanggung oleh orang ramai. Mereka terdiri daripada golongan yang tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada kemahiran dalam urusan kehidupan harian. Walaupun keadaan Ahli Suffah yang demikian, kaum Muslimin tidak menganggap mereka sebagai beban. Kaum Muslimin yang berkemampuan dengan ikhlas hati memberi bantuan kepada golongan yang lemah itu.

Mereka faqir pada pandangan dunia, tetapi kaya dengan ilmu Tuhan dan Rasul-Nya. Golongan seperti ini akan dihantarkan Tuhan dari masa ke masa pada setiap zaman. Apa yang mereka cari hanyalah keredhaan Allah SWT dan Rasul-Nya.

..........................

Rujukan dan sumber:
1. Dari buku Ilmu Tasauf karangan Hj. Zainal Ariffin Abbas, Pustaka Aman Sdn. Bhd.
2. Mukhtashor Tarikh Dimaskus, Ibnu Mandzur jilid 2
3. Usudul Ghobah jilid 1
4. Al kamil fit Tarikh jilid 2
5. Al Muntadzim jilid 2, Ibnul Jauzi
6. http://www.almihrab.com
7. Uwais Qarni - Wikipedia, the free encyclopedia
8. Dan dari berbagai sumber di intenet.

Friday, December 25, 2015

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah


SIMFONI ALAM




Gajah liar diberi pelalian dengan kadar yang sangat rendah bagi mengelakkannya tidak mampu berjalan. Oleh sebab itu, gajah liar ini mampu melawan dan bertindak ganas.

Saksikan kecekapan kakitangan Unit Pengurusan Gajah dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dalam mengendalikan proses pemindahan gajah dalam Simfoni Alam Ahad ini, 27 Disember 2015 pukul 2 petang di TV1! Pelbagai hadiah menarik menanti anda!

Wednesday, October 14, 2015

SYARIKAT TOPUP SENDIRI

 SERVER


Pembelian Server..



– Eload SIM Card (Jika anda tiada, kami boleh sediakan untuk anda!).

– 1 Unit of Server or Personal Computer (PC).

– GSM Modem

– SMS Reload System Software.

– Percuma support 1 Tahun.

– Free Remote access/Control sistem.

– Pemasangan Percuma.

– Latihan Percuma.

– Penghantaran Percuma ke Rumah, Kedai atau Pejabat anda.

– No Per Transaction Fee (no extra fee, no loyalty fee)

– Auto database backup

– Report yang mudah secara automatic

– Dibuktikan tiada masalah.

– Hubungi kami untuk Online Demo.

– Support SMS and WEB channel and ANDROID.

– Support Master,Dealer and Agent leveling and commission distribution.



Keuntungan Beli Server ialah anda sudah membuka dan memiliki Syarikat Sendiri dalam Industri ini. Anda boleh mengawal akaun Reload sepenuhnya dan tidak tertakluk kepada mana-mana Syarikat. Tanpa perlu Modal yang banyak dalam industri ini, anda boleh balik Modal dalam Seminggu Sahaja.




Nak tau Bagaimana?? Hubungi kami segera!01133151344

Saturday, September 19, 2015

BOLEH CUBA CORAK BATU LANTAI PARKING

SANGAT AWESOME ....





MASTER DEALER AGEN 68TOPUP

WAKIL SYARIKAT 68TOPUP >>01133151344 RiDwOoN



PROMOSI GEMPAKKK!!!! % PALING TINGGI!!!

1.DEALER   A  -RM100)                                         (2.DEALER   B    - RM80)

CELCOM 5.6%                                                          CELCOM 5.4%
MAXIS 3.7%                                                              MAXIS 3.5%
DIGI 5.0%                                                                  DIGI 4.0%
TUNETALK 6.50%                                                     TUNETALK 6.3%
UMOBILE 6.0%                                                        UMOBILE 5.0%
XOX 8.0%                                                                 XOX 7.0% 

(3.DEALER   C   - RM60)                                     (4.DEALER   D    - RM30)


CELCOM 5.0%                                                         CELCOM 4.8%
MAXIS 3.3%                                                             MAXIS 3.0%
DIGI 3.8%                                                                 DIGI 3.2%
TUNETALK 6.0%                                                    TUNETALK 5.5%
UMOBILE 4.0%                                                       UMOBILE 3.5%
XOX6.5.0%                                                                XOX 6.5%

KELEBIHAN JADI DEALER TOPUP

1. ANDA JUAL TOPUP, ANDA DAPAT DUIT
2. ANDA TOPUP UNTUK DIRI ANDA SENDIRI, ANDA DAPAT DUIT
3. ANDA DAFTAR AGENT, ANDA DAPAT DUIT
4. AGENT DAFTAR DENGAN ANDA JUAL TOPUP, ANDA DAPAT DUIT
5. AGENT DAFTAR DENGAN ANDA NAK DAFTAR AGENT JUGA, ANDA DAPAT DUIT
6.BOLEH MENDAFTAR AGENT TANPA HAD!!YURAN & KOMISEN ANDA TENTUKAN!!
7. DAPAT KOMISEN HASIL JUALAN AGENT SETIAP MINGGU!








Terdapat 3 (TIGA) keuntungan yang anda akan dapat apabila menjadi DEALER topup:

1. Pendapatan Pertama:
Keuntungan yang anda dapat ketika menjual topup.
Jumlah pengguna topup sememangnya ramai, setiap hari jumlah pengguna topup semakin bertambah, lihat sahaja di kawasan kejiranan anda. Berapa orang yang menggunakan handphone? Majoriti pengguna handphone menggunakan topup. Berapa kali mereka topup dalam seminggu? Sebulan? 
Malah ada juga yang topup sehingga 2 kali sehari.
Katakan kawasan kejiranan anda mempunyai 100 orang pengguna topup Celcom dan purata setiap seorang daripada mereka akan menggunakan topup RM40 sebulan. Jadi jumlah keseluruhan penggunaan topup di kawasan anda ialah RM40 X 100 = RM,4000 sebulan. 

Jika anda mendapat keuntungan sebanyak 5.00% hasil jualan anda daripada jumlah penggunaan topup di kawasan anda iaitu 5.00% daripada RM4,000, anda akan mendapat RM200 sebulan sebagai penjual topup.

2. Pendapatan Kedua:
Menjana pendapatan dengan pendaftaran AGENT. ..
boleh daftarkan AGENT anda sendiri dan setiap pendaftaran AGENT, anda boleh tentukan caj setiap pendaftaran tersebut.

Contoh: Nabil ingin mendaftar sebagai dengan anda dan anda caj RM50(yuran pendaftaran ni ANDA TENTUKAN dan 100% MILIK ANDA,yuran ni terus AGENT BANK IN ke bank ACC anda.)
Nabil membayar Rm50 kepada anda dan anda daftarkan dia.

Jika sehari dapat cari/DAFTAR 1 AGENT, MAKA untung RM50,>
Jika sebulan anda berjaya mendaftarkan seramai 30 orang sebagai DEALER anda, keuntungan yang anda dapat ialah RM50 X 30 DOWNLINE = RM1500 (GAJI anda begitu banyak ? x payah nak TAMBAH?).
jika sebulan boleh dapat 60 AGENT - UNTUNG (RM50 X 60 agent= RM300O
Ini cuma cadangan harga daripada saya, ada sesetengah web yang caj lebih tinggi daripada harga ini.
(MALAYSIA MENPUNYAI 2.7 JUTA ORANG , peluang besar untuk dapat cari AGENT)

3 Pendapatan Ketiga:

Keuntungan atas komisyen jualan AGENT anda.
Pendaftaran AGENT anda diibaratkan seperti anda membuka cawangan kedai topup anda. Setiap jualan AGENT anda, anda juga akan mendapat komisyen. Lebih ramai AGENT anda, lebih banyak cawangan kedai topup anda dan lebih banyak komisyen yang akan anda dapat.

Contoh pengiraan:

ANDA dapat : Celcom 5.00%, Maxis 3.40%, Digi 2.30% , Tunetalk, UMOBILE , Xox 4.5%
Anda DAFTAR AGENT & anda setkan keuntungan,

DOWNLINE anda DAPAT: Celcom 3.00%, Maxis 2.50%, Digi 1.50%, Tunetalk, UMOBILE , Xox, 3%
Maksudnya u akan UNTUNG COMMISSION JUMLAH JUALAN AGENT ANDA sebanyak:

Celcom 2%, (5%-3%)
Maxis 0.9% (3.4%-2.5%)
Digi 0.8% (2.3%-1.5%)
Tunetalk, UMOBILE , Xox 1.5%(4.5%-3%)

Berapa target bilangan AGENT anda? Tidak mustahil anda boleh mempunyai sehingga 100,000 AGENT dengan hasil pendaftaran AGENT yang AGENT anda lakukan sendiri.
Semakin ramai AGENT anda, semakin banyak komisyen yang anda dapat.

Adakah mustahil untuk anda menjana pendapatan LIMA ANGKA dengan topup? Cuba anda gabungkan ketiga-tiga pelan tersebut, berapa yang anda akan dapat?
P/s: Pengiraan ini hanyalah contoh, pendapatan sebenar mungkin di luar jangkaan bergantung kepada usaha anda sendiri.

PSS: Lagi tinggi pangkat anda, lagi besar keuntungan yang anda perolehi.












klik UNTUK LEBIH info

Great Lamp Designs