Tuesday, February 12, 2013

Koleksi Lama

KOLEKSI BAPAK AKU.....


duit 1ringgit tahun 1971 semak harga di senarai harga
Buat tatapan untuk generasi baru......


Syiling yasin yang di gilai ramai.....

Asal-usul syiling Yasin.


Daripada apa yang diceritakan kepada saya, duit Yasin yang asli asalnya daripada Indonesia. Duit ini dibawa ke tanah melayu "kosong" tidak ada khadamnya dan apabila ianya sampai ke tanah melayu, duit ini akan diisi dengan khadam (jin atau syaitan) menurut kehendak pemakainya. Biasanya ada yang meminta supaya dilariskan jualan, menjadi kebal, sebagai pelindung dari sihir (santau dsbnya) serta kejahatan dan juga menjadi kuat.
Buku "Magic coins of Java, Bali, and the Malay Peninsula" oleh Joe Cribb dan diterbitkan oleh British Museum ada memasukkan duit syiling ini didalam buku tersebut. Penulisannya adalah berdasarkan duit syiling koleksi Sir Thomas Stamford Raffles yang berbentuk syiling di British Museum. Ini sedikit sebanyak memberitahu kita, pada zaman 1800an pun duit ini sudah wujud.
Pendapat peribadi saya, Duit syiling Yasin ini hanyalah salah satu duit fantasi yang dibuat untuk tujuan mistik dan digunakan sebagai tangkal & azimat (charm). Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila gambar manusia yang ada didalam duit syiling itu dikatakan menyerupai Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Ismail, Nabi Isa, Nabi Khidir dsbnya serta tahun pada duit syiling itu diletakkan tarikh-tarikh penting didalam kehidupan Nabi dan Rasul Allah tersebut.

Ramai yang beranggapan yang duit syiling ini digunakan ketika zaman nabi lagi dan tanggapan itu adalah silap. Mustahil ianya digunakan pada zaman nabi tetapi tidak ada rekod ditemui di negara lain. Setakat yang saya tahu, duit ini hanya ditemui di Malaysia dan Indonesia sahaja.

Pada ketika ini, ada banyak duit syiling Yasin yang palsu. Untuk memeriksanya cukup mudah, permukaan duit palsu ini tidak secantik duit yang asli, akan ada lubang-lubang halus dipermukaannya.

Mereka membuat duit syiling palsu kerana mudah mendapat untung dengan duit syiling ini kerana ramai orang Melayu yang percaya kepada perkara khurafat dan tahyul. Kos untuk membuat duit syiling tak sampai RM5 tapi jual RM30, dah untung banyak. Kadang-kadang, boleh untung beribu ringgit jika ada orang kaya atau kaki judi yang mencari "duit yasin yang rare" untuk dijadikan ibu duit dan sebagainya. Ini peluang perniagaan yang memang boleh mengaut keuntungan tinggi.

selanjutnya....Cion malaysia







Gambar atas  Tulang duyung...mujarab dlm perubatan melayu?


Koleksi lama......
MataWang lama.......

1 comment: