Thursday, May 29, 2014

Anggur dan Anak Benih

Artikel ini Bertujuan Memanjangkan Hasrat Admin Kepepam






Pemakluman: Saya sedang mengumpul nama peminat-peminat pohon anggur untuk menubuhkan Kelab Peminat Pohon Anggur Malaysia. Peringkat ini, nama ringkas yang dicadangkan ialahKEPEPAM.

Kelab ini terbuka kepada:

1. Sesiapa sahaja yang meminati pohon anggur.
2. Sudah atau akan menanam sepohon anggur atau lebih.
3. Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.
4. Warga Malaysia, Singapura, Brunei atau Indonesia.

Kelab yang dicadangkan ini tidak mengamalkan sebarang diskriminasi bangsa, kaum, agama, jantina dan status pendidikan atau kemasyarakatan. Sila daftar maklumat lengkap anda dalam ruangan comments atau emailkan ke universiti.maya@yahoo.com

Selamat mendaftar.

Prun Anak Pohon Anggur

Seorang rakan blogger email saya minta supaya cerita tajuk "prunning" atau "prun" anak pohon anggur.

"Prun", ertinya "buang semua daun, tunas dan pucuk" anak pohon anggur. Tujuannya supaya anak pohon anggur lebih berkualiti, lebih panjang jangka hayat dan lebih produktif.


Anak pohon anggur dalam gambar atas sudah stabil hidupnya. Dia akan terus membesar. Biasanya, pemilik pohon ini merasa sungguh gembira. Maklumlah, pohon anggur sudah hidup stabil.

Secara profesionalnya, anak pohon anggur tersebut dikira rendah mutunya. Pohon begini senang berpenyakit dan sukar diurus. Tak berapa produktif. Jadi, untuk mengatasi pelbagai masalah pada masa akan datang, ia hendaklah di"prun".


Ini ialah anak pohon anggur yang telah di"prun". Ia kelihatan seperti mati atau musnah. Tetapi, antara 2 - 4 minggu selepas di"prun" ia akan bertunas dan hidup lebih berkualiti. Lihat gambar di bawah ini.


Anak pohon anggur yang telah bertunas dan hidup sihat lagi berkualiti, setelah ia di"prun".

1 comment:

  1. Saya setuju nak join club anggur malaysia nih...terbaik

    ReplyDelete