Showing posts with label Anggur Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Anggur Malaysia. Show all posts

Thursday, May 29, 2014

Angur Dulu Dulu

  


 

sumber suhai

Daun Anggur dan kegunaan

Berikut ialah contoh membalut makanan dengan daun-daun anggur segar atau daun-daun yang telah dijeruk:











Sumber Kepepam

Anggur dan Anak Benih

Artikel ini Bertujuan Memanjangkan Hasrat Admin Kepepam






Pemakluman: Saya sedang mengumpul nama peminat-peminat pohon anggur untuk menubuhkan Kelab Peminat Pohon Anggur Malaysia. Peringkat ini, nama ringkas yang dicadangkan ialahKEPEPAM.

Kelab ini terbuka kepada:

1. Sesiapa sahaja yang meminati pohon anggur.
2. Sudah atau akan menanam sepohon anggur atau lebih.
3. Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.
4. Warga Malaysia, Singapura, Brunei atau Indonesia.

Kelab yang dicadangkan ini tidak mengamalkan sebarang diskriminasi bangsa, kaum, agama, jantina dan status pendidikan atau kemasyarakatan. Sila daftar maklumat lengkap anda dalam ruangan comments atau emailkan ke universiti.maya@yahoo.com

Selamat mendaftar.

Prun Anak Pohon Anggur

Seorang rakan blogger email saya minta supaya cerita tajuk "prunning" atau "prun" anak pohon anggur.

"Prun", ertinya "buang semua daun, tunas dan pucuk" anak pohon anggur. Tujuannya supaya anak pohon anggur lebih berkualiti, lebih panjang jangka hayat dan lebih produktif.


Anak pohon anggur dalam gambar atas sudah stabil hidupnya. Dia akan terus membesar. Biasanya, pemilik pohon ini merasa sungguh gembira. Maklumlah, pohon anggur sudah hidup stabil.

Secara profesionalnya, anak pohon anggur tersebut dikira rendah mutunya. Pohon begini senang berpenyakit dan sukar diurus. Tak berapa produktif. Jadi, untuk mengatasi pelbagai masalah pada masa akan datang, ia hendaklah di"prun".


Ini ialah anak pohon anggur yang telah di"prun". Ia kelihatan seperti mati atau musnah. Tetapi, antara 2 - 4 minggu selepas di"prun" ia akan bertunas dan hidup lebih berkualiti. Lihat gambar di bawah ini.


Anak pohon anggur yang telah bertunas dan hidup sihat lagi berkualiti, setelah ia di"prun".

Tanaman anggur subur, berkualiti


Wandir melihat buah anggur yang ditanam di sekeliling rumahnya di Kampung Banggol Jenereh, Tanah Merah.

TANAH MERAH - Tanaman anggur sering dikaitkan dengan Perlis sebagai negeri pertama mengusahakan ladang anggur di negara ini kini hidup subur dan mengeluarkan buah berkualiti di Kampung Banggol Jenereh, dekat sini.

Pengusahanya, Wandir Ali, 47, berkata, bermula dengan menanam sepohon anggur sebagai percubaan empat tahun lalu, kini terdapat 30 pokok anggur yang ditanam dan membiak dengan baik di sekeliling rumahnya.

Lebih membanggakan, katanya, kualiti buah anggur dihasilkan tiga kali setahun dari ‘kebun’nya itu dikatakan setanding dengan anggur yang dijual di kedai, malah lebih beraroma kerana dipetik segar dari pokok.

“Buah boleh dipetik antara tiga hingga empat bulan semusim atau tiga kali setahun dan kebun anggur saya dapat menghasilkan kira-kira 12 kilogram anggur setiap kali tuaian,” katanya, semalam.

Wandir berkata, anak pohon anggur sama ada untuk ditanam atau dijual menggunakan kaedah pembiakan tut (markot) bagi menghasilkan pokok yang berkualiti.

“Semua 30 pokok anggur di kebun saya dibiak menggunakan kaedah tut bermula daripada pohon pertama yang saya beli ketika melawat Ladang Anggur Perdana di Perlis, lima tahun lalu.

“Saya juga hasilkan anak pohon anggur guna kaedah tut untuk dijual atas permintaan saudara mara dan rakan yang ingin cuba tanam anggur di rumah mereka,” katanya.

Menurut Wandir, pokok anggur dibiak untuk dijual atau ditanam di kebunnya itu daripada jenis White Malaga bagi anggur hijau dan Cardina bagi anggur merah.

“Anggur Cardina berbentuk bulat dan putiknya berwarna hijau sehingga sebulan sebelum masak, baru bertukar warna merah, manakala bentuk anggur White Malaga lebih bujur,” katanya.

Berkongsi pengalamannya, Wandir berkata, dua jenis anggur itu sesuai ditanam di kawasan tanah berpasir atau dalam pasu dengan nisbah 80 peratus pasir dan selebihnya tanah.

“Selain tempat penggantungan, tanaman anggur perlukan ‘rumah’ sebagai teduhan kerana pohon yang terdedah hujan akan menghasilkan buah kurang berkualiti dan putiknya juga mudah gugur,” katanya.

Tambahnya, selain pengalaman, dia banyak belajar cara menanam dan menjaga tanaman anggur serta menambah pengetahuannya mengenai tanaman itu melalui Internet.

Dalam pada itu, Wandir berkata, cabaran lain dihadapi sepanjang menceburkan diri dalam penanaman anggur adalah penerimaan orang ramai yang masih kurang percaya.

“Bila bercakap tentang tanam anggur di rumah, masih ada orang di sekeliling pandang sinis kerana tidak percaya, malah seolah-olah anggur yang saya sebut itu kod rahsia untuk barang salah,” katanya.

sumber Bh

Sunday, March 30, 2014

Anggur















Di malaysia Pokok anggur akan hidup subur atas tanah dengan PH antara 5-6. Tabur kapur jika tanah masam dengan PH kurang 5. Tabur 8 ouns 10-10-10 baja setiap pokok 7 hari selepas anak pokok anggur di tanam.

Tambah kuantiti baja ke 1 paun 10-10-10 dalam tahun kedua. Jangan bubuh baja pada tapak batang. Tabur baja 12 inci dari batang dan tabur serata di bawah pepohon(bawah dedaun) contoh