Showing posts with label Kisah Lawak. Show all posts
Showing posts with label Kisah Lawak. Show all posts
Wednesday, March 13, 2013
Polis Trafik Dan Pemandu Wanita
Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain".
Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat. Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya memandu mengikut had laju..kenapa ditahan?" "Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu terlalu lambat sangat dari had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain"
"lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan.
"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda.[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah. Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud nombor 22 itu adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu,wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu.
" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan
"Oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."
TuKaNg JaM PeNgSaN
Pada suatu hari ada sorang lelaki tu tengah berlegar legar disebuah pekan.
Dia jalan dari sebuah kedai kesebuah kedai yang lain.
Rupanya tujuan dia nak cari kedai jam, kerana jam tangan dia rosak. Cari
punya cari, akhirnya jumpa sebuah kedai jam. Maka bermula lah dailog;
Lelaki: "Apek, boleh repair saya punya jam?"
Apek: "Boleh, boleh"
Lelaki: "Tapi apek, saya mahu cepat pasal sudah dekat raya ni, hari ni
boleh siap ke pek?"
Apek: "Mana boleh, esok angkat la"
Lelaki: "Tak boleh la pek, rumah saya jauh, mau datang sini pun banyak susah, tapi kalau apek boleh bagi cepat saya bayar upah double"
Apek: "Oklah! Nanti setengah jam lu mari"
Lelaki itu pun beredar, maka si apek pun cepat cepat repair jam tu. Dia pun mula bawak jam tu ke meja tempat dia memperbaiki jam yang rosak.
Lampu meja pun dinyalakan. Screw driver yang kecil-kecil memang dah
tersedia disitu. Apek pun tarik bangku nak duduk. Kanta pembesar yang bulat diambil dan diletakkan dimata, dikepit antara pipi dan kening, mata
lagi satu ditutup, dengan kanta mata ni, screw jam yang kecik2 pun
nampak besar gajah......tiba-tiba, apek terasa nak kecing. Dia pun
berdiri dan terus lari kebilik air, pintu bilik air dibuka, penutup mangkuk
tandas diangkat, zip seluar dibuka, anu nya dikeluarkan untuk dihalakan ke mangkuk
tandas .......... dan apek pun pengsan didalam tandas, ramai orang
kat pekan datang tolong apek angkat masuk dalam ambulan, hantar pegi
hospital.
Selepas beberapa jam apek pun sedar. Doktor pun tanya:
Doktor: "Macamana boleh pengsan apek"
Apek : " Masa saya dalam tandas, saya ada nampak itu naga ada tembak air
pada saya, naga banyak besar"
Doktor: "Apek Apek, lain kali kalau mau kencing, itu kanta kat mata
tanggalkan dulu".....

Subscribe to:
Posts (Atom)