Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Sunday, June 1, 2014

10 Sejarah kopi,Tahukah Anda?





Kopi ialah minuman utama dunia selain teh. Aromanya cukup membuatkan kita terangsang dan kepahitannya cukup untuk membuatkan badan kita terasa segar. Namun tahukah anda dari mana datangnya benih kopi ini? Dan bagaimanakah ia diperkenalkan sebagai minuman? Hari ini saya ingin berkongsi 10 Fakta Menarik Tentang Kopi.
Kambing Menari
Legenda menarik tentang kopi bermula dengan kambing. Semasa zaman Euthopia, gembala kambing mula tertarik dengan kopi sewaktu melihat kambing-kambingnya menjadi lincah dan 'berjoget-joget' akibat memakan buah kopi. Kesan kafein dalam kopi membuatkan kopi itu lain daripada yang lain.

Bukan Minuman
Asalnya biji kopi adalah sesuatu yang dimakan. Puak-puak di Afrika mencampurkan buah kopi dengan bahan berlemak untuk dijadikan makanan dalam bentuk bebola. Kegunaannya adalah untuk memberi tenaga.

Kebangkitan Islam
Islam sangat menyumbang kepada kepopularitian kopi kerana sewaktu itu arak diharamkan namun tidak pada kopi.

Bean Belt
Bean Belt merujuk kepada kawasan tropika dan khatulistiwa di mana hanya negara di garisan ini sahaja yang mengeluarkan kopi. Hawaii adalah satu-satunya negeri di Amerika yang mengeluarkan kopi.

Kedai Kopi Diharamkan di England
Pada tahun 1675, Raja England menitahkan semua premis kopi ditutup dan diharamkan kerana baginda mempercayai bahawa kedai kopi adalah sarang konspirasi terhadap pemerintahnnya.

Beza Arabica dan Robusta
Tahukan anda 70% kopi yang diminum di seluruh dunia adalah Arabica, kopi yang lebih halus dan beraroma tinggi manakala selebihnya adalah Robusta, kopi yang lebih pahit dan mempunyai kafein 50% lebih tinggi berbanding Arabica.

Permintaan Kopi
Untuk pengetahuan semua, kopi adalah komoditi kedua tertinggi yang didagangkan. Yang pertama adalah Petroleum.

Proses Kopi
Kopi bermula daripada buah-buah kopi yang merah menyala. Kemudian ianya dipetik, dikeringkan dan dikupas sehingga yang tinggal adalah biji kopi yang hijau. Selepas itu ia akan dipanggang dengan suhu 500F atau 260 darjah celcius. Beberapa minit kemudian biji kopi akan meletup seperti bertih dan mengembang dua kali ganda dari saiznya. Kemudian beberapa minit lagi kopi akan meletup semula. Letupan kedua bermaksud biji kopi itu sudah siap untuk dijadikan kopi.

Kopi Segera Lahir Pada Zaman George Washington
Tahukan anda bahawa kopi segera yang berada digondola-gondola shopping mall ini berasal hanya daripada seorang lelaki biasa di Guatemala yang berbangsa Belgian. Kopi segera mula diperkenalkannya pada tahun 1906 iaitu semasa pemerintahan George Washington.

Ekspresso
Espresso dibaca dengan 3 suku kata E-Spress-Oh. Nama ini bukanlah merujuk kepada jenis kopi, teknik panggang atau kisar. Ia adalah sejenis teknik membancuh kopi.
Americano pula berasal dari glosari Amerika sewaktu Perang Dunia Kedua, dimana ia dibancuh seperti ekspresso namun dicairkan sedikit dengan air atas permintaan mereka semasa perang.


Jadilah selepas anda meminum apa jua kopi selepas ini anda pasti akan tersentum lebar kerana anda tahu sejarah kopi tersebut. Cerita tentang kopi yang lebih menarik disini.

Thursday, May 15, 2014

GAMBAR LAMA LAMA SEKITAR MELAKA












Talam 2 muka dalam dunia Islam


Christian Snouck Hurgronje atau lebih dikenali dengan nama Snouck Hurgronje adalah orientalis terkemuka daripada Belanda. Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1857 di Oosterhout, Belanda. Bapanya, J.J Snouck Hurgronje adalah seorang paderi dan pendeta Kristian Prostetan.


Snouck Hurgronje melanjutkan pelajaran di Universiti Leiden pada tahun 1875 ketika berusia 18 tahun. Pada mulanya beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan teologi namun beliau menukar jurusan pengajiannya kepada jurusan Sastera Bahasa Arab. Beliau meraih gelaran doktor falsafah sastera Arab pada tahun 1880.
Kelayakan sebagai doktor falsafah melayakkan beliau menjadi seorang pensyarah bagi calon-calon pegawai Belanda yang ingin dihantar berkhidmat untuk VOC(Syarikat Hindia Timur Belanda) di Hindia Timur(kini dikenali Indonesia).
Misi Snouck Hurgronje di Mekah
Pada tahun 1884, beliau pergi ke Mekah untuk mendalami pengetahuan dalam bahasa Arab. Apabila tiba di sana beliau menyatakan dirinya adalah penganut Islam dengan nama Islamnya, Abdul Ghaffar. Terdapat sesetengah sejarahwan menyatakan bahawa Snouck Hurgronje hanya berpura-pura memeluk Islam bagi mengaburi beberapa pihak terutama pihak berkuasa Mekah.


Snouck Hurgronje ketika di Mekah sebagai individu bernama Abdul Ghaffar. Snouck mengikuti jejak orietalis Ludorico Bartena yang berjaya menyusup masuk ke Mekah pada tahun 1503.

Tujuan sebenar beliau ke Mekah adalah ingin merisik sifat fanatik umat Islam Acheh di Mekah yang mana pada pengamatannya umat Islam Acheh menjadikan Mekah sebagai pengkalan mereka untuk meraih kemerdekaan daripada penjajah Belanda. Maka tidak hairan apabila terdapat sumber-sumber sejarah mengatakan Snouck Hurgronje telah ditaja oleh kerajaan Belanda semasa berada di Mekah atas tujuan perisikan maklumat.

Di Mekah, ramai ulama bersyarah dan menaikkan api semangat jihad di kalangan masyarakat nusantara bagi menentang penjajah kafir yang menganiayai masyarakat Islam tempatan. Snouck berjaya berkenalan dengan beberapa ulama dan individu seperti Sheikh Waliyul Hijaz, Raden Abu Bakar Jayadiningrat dan Haji Hasan Musthafa. Beliau menarik simpati ramai lagi individu atas dasar persaudaraan sesama ‘muslimin’.


Haji Hassan Mustafha


Berbekalkan perkongsian ilmu daripada mereka bertiga dan ramai masyarakat Islam di Mekah, Snouck berjaya memahami selok belok kehidupan masyarakat Islam Acheh termasuk kelemahan dan kekuatan mereka. Di Mekah, Snouck sempat merakam gambar masyarakat Islam. Malahan, terdapat sebuah petikan alunan al-Quran yang dirakam oleh Snouck Hurgroje yang dipercayai antara yang tertua pernah direkodkan.




Kembali ke Belanda dan berkhidmat di Acheh

Pada tahun 1885, beliau kembali mengajar di Universiti Leiden dengan pengetahuan dan pengalaman yang baru. Namun, beliau merasakan adalah tidak adil jika beliau mengajar tetapi beliau sendiri tidak pernah berada Hindia Timur khususnya Acheh.

Tidak lama selepas itu iaitu pada tahun 1889, beliau menawarkan diri untuk berkhidmat di Hindia Timur iaitu di wilayah Acheh. Beliau diberi tugas sebagai penasihat bahasa oriental dan hukum Islam. Pada 9 Julai 1891, beliau menetap di Peukan Acheh.


Snouck Hurgronje(berbaju putih) dan van Huertz(berbaju hitam)

Pada 4 Februari 1892, beliau kembali ke Jakarta(dulu dikenali Betawi) namun beliau sering berulang-alik ke Acheh bagi memberi nasihat kepada Jeneral Belanda di Acheh, van Heutsz berkenaan selok-belok kekuatan masyarakat Islam Acheh.




van Heutsz(paling hadapan) semasa meneliti pasukannya yang bertempur dengan tentera jihad Acheh.


SAMBUNGGAN Snouck Hurgronje menjadikan islam sebagai agama masjid




kredit takusahrisau.wordpress.com

Friday, May 2, 2014

Syiling emas /Artifak Pulau Nangka Ditemui


Klik  gambar




video


MELAKA: Kerja-kerja pencarian harta karun oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka akhirnya membuahkan kejayaan apabila syiling emas pertama ditemui pada pukul 11.15 malam.

Kejayaan terbabit disusuli penemuan syiling emas kedua pada pukul 11.30 malam yang dipercayai milik Kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang terdapat di syiling berkenaan.

Pengarah Urusan syarikat, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, syiling emas itu ditemui semasa kerja-kerja pengorekan yang dilakukan di salah sebuah lubang yang dipercayai di dalamnya terdapat harta berkenaan.


“Syarikat akan menghubungi PERZIM dan kerajaan negeri untuk memaklumkan hal ini dan memohon untuk meneruskan kerja-kerja penggalian di Pulau Nangka akan dimaklumkan secepat mungkin. Berdasarkan pada imbasan bumi memang ianya terdapat dalam gua tersebut. Insya Allah jika tiada aral melintang
setelah blok batu dikeluarkan serta batuan kecil batu dibersihkan, kita akan dapat masuk ruang kosong tempat menyimpan peti peti harta tersebut,” jelas Mohammad Foad Khushairy.

Katanya, kerja-kerja penebukan siap sepenuhnya malam tadi dan dijangka kerja-kerja mengangkat batu keluar akan dilakukan hari ini bagi membolehkan harta terbabit dibawa keluar.

Mohammad Foad yakin harta itu terdapat di bawah batu terbabit selepas melakukan teknik geoteknikal menggunakan imej imbasan bumi.

Sekurang-kurangnya terdapat lima buah peti besi yang dipercayai mengandungi emas di ruang berkenaan daripada 20 bilik yang terdapat di dalam gua itu.

Katanya, berdasarkan imej imbasan itu, mereka menjangkakan terdapat 96 peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan berharga yang dikatakan disembunyikan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi mengelak diceroboh pihak Portugis terkandung di gua berkenaan


Harta Karun Sebenar Melaka


MELAKA: Seperti dalam filem dan cerita bertemakan harta karun, pastinya akan timbul konflik, perbalahan dan sumpahan.

Biarpun dakwaan penemuan harta karun di Pulau Nangka dilihat sebagai sesuatu yang baik, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bimbang konflik yang bakal mendatang sekiranya harta peninggalan lama itu berjaya dikeluarkan.

Antara persoalan yang pasti timbul ialah dakwaan pelbagai pihak sebagai waris dan menuntut hak terhadap harta terbabit.

"Kalau mereka berjaya bawa keluar pun pihak mana nak beli harta karun tersebut? Apa bentuk sekuriti yang perlu ada sekeliling mereka? Bagaimana cara mereka berurusan dengan pihak berkuasa dan sebagainya? Ianya akan jadi daripada mengharapkan nikmat keberuntungan kita khuatir nanti akan dapat bala perbalahan dan pertengkaran." kata Idris.

Dasar kerajaan negeri berhubung penemuan harta karun termaktub dalam Akta Warisan Kebangsaan yang mana bukan sahaja kerajaan negeri, tetapi kerajaan persekutuan juga mempunyai hak ke atas harta berkenaan.

Apa yang pasti, berita mengenai penemuan harta karun Pulau Nangka yang terletak kira-kira 4km dari pulau utama negeri iaitu Pulau Besar, berjaya menarik perhatian ramai dan Idris berharap ia dapat diterjemahkan menjadi tarikan pelancong ke negeri itu.

Biarpun kerajaan negeri Melaka tidak meletakkan harapan tinggi terhadap penemuan sebarang harta karun di pulau itu namun pihaknya tidak menghalang mana-mana pihak yang berminat mencari harta yang didakwa bernilai berbilion ringgit itu.

Difahamkan pencarian harta karun berkenaan dikhabar dilakukan secara senyap sejak 30 tahun lalu bagaimanapun sehingga kini ia gagal membuahkan hasil.

"Jika mereka yakin percaya jika harta karun tersembunyi silakan kerana ia tidak membawa kelemahan kepada kerajaan negeri jika jadi kenyataan akan sumbang kepada pembangunan ekonomi kerajaan negeri. saya dikhabarkan memang ada harta karun itu sejauh kepada pihak mana terserah gali keluarkan harta karun dan saya pun tak berapa pasti dari mana datangnya harta karun itu." kata Idris.

Penemuan harta berkenaan kemungkinan dapat menjawab pelbagai persoalan yang timbul khususnya berhubung pemilikan harta berkenaan sekaligus melengkapkan sejarah peninggalan melaka yang tidak diketahui umum.

Bagaimanapun Ketua Menteri itu menegaskan kerja-kerja galian untuk mencari 'harta karun' itu perlu dilakukan sebaiknya.

"Saya saran kerja pengalian mengeluarkannya mesti mematuhi syarat ditetapkan akta dan undang-undang tidak dibenarkan sewenang-wenangnya merosakkan alam sekitar seperti tebang pokok, memecah batu secara letupan dan kena lakukannya mengikut kaedah yang dibenarkan termasuk Jabatan Alam Sekitar Mineral dan sebagainya." kata Idris.

Sehingga kini hanya dua syarikat eskavasi diberi kebenaran cari gali dan kedua syarikat terbabit diberi tempoh enam bulan untuk menyelesaikan kerja penggalian.

Sekiranya gagal, syarikat lain akan diberi peluang untuk mengambil alih.

Dalam pada itu, Idris melihat harta karun sebenar Melaka adalah kepesatan pembangunan negeri itu.

Biarpun kerja-kerja penggalian sedang giat dilakukan untuk mencari harta karun yang dikatakan tersembunyi di Pulau Nangka, Melaka, namun fokus utama kerajaaan negeri adalah meneruskan kegemilangan Melaka menerusi pembangunan lestari.

Ini kerana bagi Idris, harta harun sebenar adalah melihat secara nyata hasil pembangunan dan pembesaran melaka yang cukup pesat dalam tempoh dua dekad ini.

Antaranya kejayaan melaka menambak kawasan laut yang sehingga berkeluasan 4000 hektar dan tumbesaran secara fizikal itu merancakkan lagi pembangunan Melaka.

"Saya merasakan apabila berlaku pembangunan pesat seperti Melaka Gateway, Admiral City, Hatten Square, Lion Group dan sebagainya. Mereka datang dalam pembangunan nyata dan ini sebenarnya harta karun atau 'Treasures of Malacca' yang perlu dipelopori dalam bentuk minat untuk melabur besar-besaran dan hasilnya dipulangkan kepada rakyat negeri Melaka." kata Idris.

Namun sebagai negeri yang tersenarai sebagai warisan dunia oleh UNESCO, Melaka mempunyai tanggungjawab memelihara warisannya menerusi pembangunan lestari.

"Kita sedar kalau kita tidak kekalkan elemen warisan tersebut kita bakal kehilangan dan kerugian hasil daripada ketidakhadiran pelancong secara berulang datang ke Melaka. Berat mata pihak lain memandang sebenarnya berat lagi kerajaan negeri memelihara peninggalan warisan dunia untuk dipanjangkan kepada anak cucu kita pada masa hadapan." kata Idris.

Dalam pada itu, Idris turut memberi jaminan di samping pembangunan pesat, kerajaan negeri akan mengekalkan unsur pembangunan sedia ada dan menawarkan tapak lain sebagai pengekalan kehijauan dalam bandaraya bersejarah itu.

sumber astro awani

Saturday, April 12, 2014

Pulau Aneh Socotra Yaman – Pulau Di Mana Dajjal Pernah Dirantai?


                                           klik

Mungkin anda meminat kisah Ini Air Laut Kering....subhanallah

Saturday, March 8, 2014

BERITA TERKINI : Pesawat Mas MH370 Yang Hilang Ada 4 Pasport Diragui


Friday, April 26, 2013

Mati Di Gunung Everest

Mt.everest  dan cabaran bagi pendaki…..tahukah anda lebih 200 mayat tidak dapat di bawa turun kerana sukar dan amat bahaya untuk membawa turun mayat mayat ini….ada mayat yang terlalu lama di sana…

Apa itu Esscom dan Rascom Sabah dan Sarawak?

sabah malaysia esscom

ESSCOM DAN KEPENTINGANNYA DI SABAH

kereta kebal esscom

Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kesediaan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri Sabah untuk menubuhkan kawasan keselamatan khas di Sabah atau pun dikenali sebagai ESSCOM (Eastern Sabah Security Command)

Insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu serta pembunuhan ngeri enam orang anggota keselamatan di Semporna baru-baru ini menjadi faktor utama yang mendorong kepada penubuhan kawasan keselamatan khas ini

Sebanyak lima batalion tambahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan bantuan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan di tempatkan di ESSCOM, manakala lima lagi Balai Polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.

Kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad Datu, sementara empat lagi daerah yang termasuk dalam ESSCOM ialah Kudat, Kunak, Sandakan dan Tawau, yang ke semuanya berada di pantai timur Sabah meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400 kilometer.

Kawasan yang sebegini panjang dan luas sememangnya terdedah kepada risiko keselamatan dan pembentukan ESSCOM ini menunjukkan Kerajaan Pusat telah mengambil iktibar dari insiden pencerobohan itu sebagai pengajaran berguna.

Usaha menambah baik aspek keselamatan sempadan Sabah ini merupakan langkah pro aktif yang membuktikan keprihatinan Kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat negeri ini. Dari sudut lain, kebanjiran pendatang asing juga akan dapat di kekang.

Kewujudan ESSCOM juga selain bermatlamat untuk membendung pencerobohan di Lahad Datu dari terus berulang di masa depan, di masa yang sama ia meningkatkan keyakinan para pelabur yang sebelum ini telah menjauhkan diri berikutan insiden tersebut.

Sekitar tahun 1970-an dulu di Sarawak pernah wujud Markas Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) yang terbukti berjaya menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak yang kemudiannya diikuti dengan limpahan keamanan dan tumpuan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan.

Justeru itu kewujudan ESSCOM di Sabah juga diyakini mampu mencapai matlamatnya sama seperti kejayaan RASCOM sekaligus mengembalikan semula ketenteraman dan merancakkan semula kegiatan ekonomi di negeri ini.

esscom sabah

Esscom akan bawa manfaat seperti Rascom

KUALA LUMPUR – Pewujudan Eastern Sabah Security Command (Esscom), kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di timur Sabah, akan membawa manfaat seperti Kawasan Keselamatan Rajang (Rascom) di Sarawak dalam menjamin keselamatan.

Bekas pegawai staf operasi di markas Rascom, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, penting Esscom diwujudkan kerana negara menghadapi satu keadaan diancam musuh yang mempunyai senjata, rakyat tidak selamat serta mampu menjejaskan ekonominya.

“Kita tak boleh biarkan ia (ancaman) berlaku. Saya yakin, Esscom mampu membuahkan kejayaan seperti Rascom,” katanya yang yakin pembentukan Esscom nanti akan mencontohi strategi Rascom yang dibubarkan pada 6 April 1995.

Model Rascom masih relevan, strategik dan wajar diguna pakai pada abad ke-21 ini kerana negara sedang menghadapi musuh bersenjata yang menggugat keamanan negara, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Pembentukan Esscom diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri Sabah.

Menceritakan peranan Rascom, katanya: “Dahulu, pada era 70-an, Majlis Keselamatan Negara mengarahkan supaya Rascom diwujudkan kerana kita menghadapi ancaman pengganas komunis militan dari Parti Rakyat Kalimantan Utara (Paraku) di bahagian tengah Sarawak iaitu Sibu, Kapit, Sarikei, Mukah dan Bintulu.”

Zulkiflee yang berpangkat kapten semasa bertugas di markas Rascom dari 1978 hingga 1980 pada usia 24 tahun, berkata Rascom yang diketuai Penglima Pasukan Keselamatan William Tang, amat berjaya sehingga mampu membuat komunis menyerah diri dan mengakhiri pemberontakan komunis di Sarawak yang berlarutan selama lebih tiga dekad.

Beliau yang pada ketika itu ditugaskan di Sibu, Sarawak berkata kejayaan Rascom bukan sahaja dilihat berdasarkan kecekapan daripada segi menjaga keselamatan penduduk di Sarawak sahaja, malah kawasan keselamatan khas itu juga membawa pembangunan yang amat pesat seperti kemasukan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (Risda) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) ke bumi kenyalang itu.

Menceritakan pengalaman berkhidmat di Rascom, Zulkiflee yang kini merupakan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia berkata, Rascom mempunyai dua tujuan iaitu menjaga keselamatan dan mewujudkan pembangunan serta melibatkan tiga komponen.

“Yang pertama daripada segi keselamatan. Tentera bertanggungjawab mewujudkan keselamatan di kawasan itu dengan pergi ke hutan-hutan untuk memburu komunis. Pada masa itu juga, kita gunakan helikopter Nuri untuk melakukan pemantauan udara pergerakan komunis ini.

“Polis pula bertugas menjaga ketenteraman orang ramai dan menguatkuasakan undang-undang manakala masyarakat awam berperanan membangunkan ekonomi di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata perkara utama yang dilakukan dalam Rascom adalah mewujudkan skim penempatan semula yang antara lain dapat mengasingkan penduduk dengan komunis, dan ini merupakan perkara asas.

“Apabila keselamatan terjamin, kemudian barulah ekonomi dapat dibangunkan,” katanya.

Zulkiflee yang ketika itu ditugaskan di bahagian perancangan, gerakan dan operasi menentang komunis di Rascom berkata daripada segi keselamatan, banyak operasi dijalankan untuk mengekang komunis di Sarawak antaranya sekatan jalan raya bagi menghalang kemasukan bekalan makanan kepada komunis.
esscom map
“Dalam memastikan tiada komunis melakukan penyamaran dan sebagainya, sistem pendaftaran penduduk juga dilakukan. Kawalan keselamatan yang ketat juga dilakukan agar tiada komunis yang dapat memasuki pekan-pekan,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran insiden penceroboh kumpulan militan Sulu di Lahad Datu, Sabah, Zulkiflee berkata apa yang juga perlu dilakukan nanti ialah memulihkan semangat masyarakat Suluk di Sabah ekoran kejadian itu.

“Mungkin ada antara mereka yang masih bersedih, tidak berpuas hati terhadap apa yang kerajaan terpaksa lakukan terhadap waris-waris atau saudara mara mereka…ini cabaran kita untuk pulihkan semangat mereka, pastikan mereka setia dan sokong kerajaan kerana mereka memilih untuk tinggal di negara ini,” katanya.

Zulkiflee juga berkata Esscom perlu memberi penekanan yang lebih terhadap ciri-ciri keselamatan di daratan dan lautan.

“Oleh kerana sempadan kita dengan negara jiran tu cukup panjang dan mudah diceroboh, jadi saya rasa kawalan periaran terutama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mestilah ketat daripada segi keluar masuk kapal-kapal.

“Kedua, kawalan Imigresen juga perlu diperketatkan supaya orang keluar masuk ada dokumen rasmi, kebenaran dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata dalam usaha mewujudkan pembangunan dan kemakmuran di Sabah, selain faktor keselamatan, pembangunan infrastrukur, pendidikan dan ekonomi perlu seiring. – Bernama

ESSCOM sebagai arahan pusat

Azmi Hassan Utusan Malaysia

MUNGKIN ramai rakyat Malaysia merasa gelisah dengan keadaan keselamatan di pantai timur Sabah sehingga memaksa kerajaan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Pembentukan ESSCOM telah diumumkan secara dasar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lalu yang merangkumi kawasan pantai timur negeri itu termasuk Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Memang benar ESSCOM bukanlah sesuatu yang asing bagi Malaysia kerana ketika Sarawak berhadapan dengan ancaman komunis pada tahun 1970-an, Kawasan Keselamatan Rajang (RASCOM) secara khusus diujudkan untuk berhadapan dengan ancaman tersebut.

Sudah pasti ada yang mempersoalkan mengapa baru kini kerajaan menubuhkan ESSCOM sedangkan ancaman keselamatan memang sudah lama ujud seperti beberapa siri penculikan yang didalangi oleh kumpulan pengganas dari selatan Filipina.

Perlu ditekankan bahawa selama ini sememangnya ujud beberapa struktur keselamatan khas khusus untuk menangani isu keselamatan Sabah yang dianggap begitu mencabar dan unik. Mencabar kerana perairan terbuka sepanjang 1,400 kilometer begitu sukar untuk diawasi dan unik kerana komposisi penduduk Sabah yang mempunyai sejarah asal usul begitu menarik.

Operasi Padanan & Sipadan Island Resort atau lebih dikenali dengan nama singkatan Ops Pasir adalah salah satu struktur keselamatan yang diujudkan untuk berhadapan dengan ancaman khusus iaitu penculikan pelancong terutama sekali di pulau terpencil. Ops Pasir mula diperkenalkan pada tahun 2000 dan diuruskan oleh Markas Angkatan Bersama, Angkatan Tentera Malaysia (MAB-ATM).

Begitu juga dengan organisasi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen mempunyai peranan tertentu demi menjamin keselamatan perairan Sabah.

ESSCOM ditubuhkan bukan kerana fungsi ATM, PDRM, APMM dan Imigresen tidak efektif atau untuk mengambil alih tugas tetapi sebenarnya untuk memantapkan lagi semua operasi yang dilaksanakan oleh entiti organisasi tersebut.

Selama ini setiap aktiviti organisasi tersebut melaksanakan tugas masing-masing secara berasingan kerana setiap entiti tersebut mempunyai arahan pusat (central command) yang berbeza. Timbul beberapa kekangan terutama sekali dari segi kepantasan berkongsi maklumat risikan kerana masing-masing mempunyai strategi dan kepentingan yang berlainan di antara satu sama lain.

Betapa pentingnya penyelarasan arahan pusat diserlahkan lagi apabila Ops Pasir ATM dikendalikan oleh MAB kerana untuk menyelaraskan tugas antara tiga cabang perkhidmatan utama mereka iaitu tentera darat, laut dan udara.

Amerika Syarikat (AS) umpamanya telah belajar dari kesilapan kerana tidak mempunyai penyelarasan perkongsian maklumat risikan di antara Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) yang mengakibatkan kegagalan mengesan plot serangan pengganas yang berlaku pada 11 September 2001. Kini mereka menubuhkan satu entiti khas yang dipanggil Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (Homeland Security) sebagai asas penyelarasan semua aktiviti keselamatan AS.

Dengan adanya entiti Homeland Security dengan diketuai oleh Setiausaha yang lebih popular dikenali sebagai Czar keselamatan, semua aktiviti umpamanya oleh FBI dan CIA dapat diselaraskan. Konsep ini bukan sesuatu yang asing dan ESSCOM juga mempunyai maksud yang serupa.

Penyelarasan

Beberapa hari lepas Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa telah mengumumkan ESSCOM akan melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang bertanggungjawab melakukan penyelarasan segala operasi keselamatan bukan sahaja agensi seperti ATM, PDRM, APMM dan Imigresen tetapi juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). CEO ESSCOM ini adalah tidak ubah seperti Czar Homeland Security AS.

Kesan awal penubuhan ESSCOM telah pun mulai dirasai walaupun CEOnya belum dilantik kerana PDRM telah mengumumkan akan memperkukuhkan barisan formasi dan aset pasukan itu dan akan membangunkan enam buah balai polis baharu kerana kawasan rangkuman ESSCOM meliputi sembilan daerah pentadbiran polis.

Untuk menghayati aspirasi penubuhan ESSCOM, rakyat Malaysia perlu juga meneliti perjalanan sejarah kaedah pengawalan sempadan AS-Mexico sepanjang 5,000 kilometer. Tidak keterlaluan jika diandaikan sejarah sempadan AS-Mexico ini adalah begitu selari dengan keadaan sempadan Sabah-Selatan Filipina.

Sebahagian besar wilayah di California, Arizona, New Mexico dan Texas adalah wilayah asal Mexico yang terpaksa diserahkan kepada AS mengikut Perjanjian Guadalupe Hidalgo yang dimeterai pada tahun 1848. Pada awalnya kawalan sempadan di antara kedua-dua negara tidak mempunyai kawalan yang ketat dan rakyat kedua-dua negara bebas keluar masuk.

Sebab itu dikatakan komposisi penduduk keempat-empat negeri AS yang bersempadan dengan Mexico mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat di antara kedua-dua negara dan senario ini adalah begitu serupa dengan keadaan di Sabah.

Kawalan keselamatan AS-Mexico mula diperketatkan pada era Presiden Ronald Reagan tahun 1980-an apabila masalah penyeludupan dadah menjadi meruncing. Walaupun berbagai teknologi canggih digunakan dan pembinaan pagar konkrit dibina untuk mengekang aktiviti ini, hanya kejayaan yang terhad telah diperolehi.

Sebab utama adalah kerana tidak ada koordinasi dan penyelarasan aktiviti agensi yang mengawal sempadan yang membuatkan segala usaha mendapat kesan minimum. Menyedari hakikat ini pada tahun 1994 Presiden AS pada ketika itu Bill Clinton telah melantik Alan Bersin sebagai Czar pengawalan sempadan AS-Mexico untuk menyelaras semua aktiviti kawalan.

Pengawalan sempadan AS-Mexico menjadi lebih berkesan kerana jawatan Czar memberi ruang kepada Bersin untuk bertindak sebagai arahan pusat. Setiap strategi yang dilaksanakan mudah di koordinasikan di antara keempat-empat negeri yang mempunyai sempadan bersama Mexico.

Umpamanya Strategi Ryes yang diperkenalkan oleh Bersin untuk mengekang kemasukan asing berjaya dilaksanakan secara bersepadu melalui Operasi Gatekeeper di California, Operasi Rio Grande di Texas dan Operasi Nogales di Arizona. Kesemua ini dapat dilakukan kerana jawatan Czar sempadan mempunyai kuasa arahan pusat.

Begitu juga dengan ESSCOM, tidak dinafikan teknologi canggih untuk mengekang kemasukan asing dan juga mengumpul maklumat risikan akan memainkan peranan penting untuk memastikan peristiwa pencerobohan Lahad Datu tidak akan berulang lagi. Peranan teknologi canggih mempunyai kekuatan yang ada hadnya jika ia tidak digunakan secara pintar.

Tetapi apa yang lebih penting adalah semua maklumat risikan tersebut perlu diproses dengan pantas dan betul. Disini struktur ESSCOM adalah kritikal kerana ia perlu bertindak sebagai arahan pusat dengan seorang CEO atau Czar yang menjadi tonggak utama.

Kawasan ESSCOM dalam beberapa bulan mendatang sudah pasti akan menyaksikan perubahan mendadak dalam aspek keselamatan bukan sahaja dari segi pertambahan kehadiran anggota keselamatan tetapi juga aset berkaitan seperti balai polis, pos pendalaman dan perairan dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

Kesemua aset tersebut tidak akan memberi makna jika tiada koordinasi aktiviti dan disinilah peranan ESSCOM menjadi kritikal. Perlu ditegaskan penubuhan ESSCOM bukan memberi maksud bahawa selama ini keselamatan perairan Sabah diabaikan, tetapi sebenarnya untuk memantapkan lagi struktur keselamatan sedia ada menghadapi cabaran masa hadapan. Utusan