Ada satu kisah lawak jenaka tetapi ada maksud mendalam yang cuba nak disampaikan. Awalnya, aku mula gelak kosong, tapi apabila aku baca kali kali barulah aku nampak apa yang cuba disampaikan. Ya, kisah ini mungkin lawak yg kelakar untuk pasangan baru mahupun lama berkahwin. Namun ada maksud tersirat di sebalik kisah lawak yang tersurat.
lawak laki bini_duit untuk isteri
Seorang lelaki bernama komeng yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan bernama abu
“Wah, gila juga! Ternyata memang benar,” ujar komeng“Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin.”“Sebenarnya apa yang berlaku semalam?” si abu ingin tahu.“Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan.”“Ho oh.”“Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku.”“Wah, gila kau!” abu terperanjat. “Bagaimana? Isteri kau marah?”“Itulah masalahnya,” komeng menjawab. “Dia malah memberikan pulangan wang RM25 kat aku!”
Pengajaran _bg duit untuk isteri
Macamana sedara sedari sekalian. Nampak apa yang cuba disampaikan menerusi cerita pendek atau dialog lawak laki bini_duit untuk isteri ini tak? Pertama sekali ialah, kisah rumahtangga apatah lagi kisah dalam kain tidak sepatutnya diceritakan walau pada rakan baik sekali. Bahaya fitnah terdedah.
Keduanya ialah perangai semasa bujang perlu dibuang jauh-jauh. Lengkapkan diri dahulu untuk menghadapi isteri. Itulah hikmah orang bertunang. Masa bertunang sepatutnya belajar untuk perbaiki diri, dan buang perkara-perkara atau tabiat bujang yang tidak elok.
Dan akhir sekali, apa yang aku nampak ialah kaitan cerita di atas dengan Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud:
… Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik ….
Maka jelas sekali bahawa telah ditetapkan jodoh seseorang itu atas kelakuannya. Dan bukan itu sahaja, maksud ayat ini lebih daripada soal jodoh, ia juga berkait tentang hubungan sesama manusia; lelaki dan perempuan. Untuk anda tahu lebih lanjut, anda boleh baca pada artikel ini_wanita-dan-lelaki-yang-baik-itu sebenarnya untuk siapa?
Ini merupakan pandangan aku yang cetek ilmu. Mungkin anda ada tafsiran berlainan mengenai lawak laki bini_duit untuk isteri ini. Perbaiki diri dari semasa ke semasa untuk menjadi insan terbaik, baik untuk diri sendiri, isteri atau suami, keluarga dan masyarakat amnya. In Sya Allah.
No comments:
Post a Comment