Monday, March 4, 2013

PENCEROBOH SEMPORNA DI TANGKAP

PENCEROBOH  SEMPORNA SABAH DI TANGKAP





Manila - Kesahihan arahan pemimpin yang dikenali sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menghantar pasukan 'tentera diraja' ke Sabah pada 12 Februari lalu dipertikai, menurut akhbar dalam talian ABN News.

Ia ekoran beberapa penyelidikan menunjukkan pemerintahannya sebagai Sultan Sulu tamat pada 1990. Media asing dan beberapa sumber di internet sebaliknya menyatakan adiknya, Esmail Kiram II adalah Sultan Sulu yang sah.

Berusia 74 tahun, Kiram III mendakwa bahawa beliau ialah ketua kerajaan Kesultanan Islam Sulu sekarang.
Kesultanan Sulu mendapat perhatian umum apabila Kiram III menghantar pasukan 'tentera diraja' bagi menuntut Sabah pada 12 Februari lalu.

Akhbar The Philippine Inquirer melaporkan pada satu sidang akhbar di Istana Malacanang di sini, Presiden Benigno Aquino III menyatakan terdapat kesangsian dalam keturunan kesultanan tersebut.

Menurutnya, selepas pemerintahan Sultan Jamalul Kiram II tamat pada 1936, baginda meninggal dunia tanpa seorang pewaris.
Justeru, Aquino berkata, beliau telah mengarahkan satu kajian dilakukan melibatkan aspek undang-undang berhubung tuntutan Kiram III ke atas negeri Sabah di Malaysia.

"Kajian ini agak menyeluruh," katanya.
Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf pemerintah Filipina ialah Ismael Kiram I pada 1974. Selepas kematiannya pemerintah Filipina enggan mengiktiraf sultan-sultan seterusnya walaupun mereka ditaati oleh penduduk setempat.

Selepas kekuasaan kesultanan itu beransur pudar ekoran kemasukan kuasa Barat di rantau berkenaan, ia masih menerima bayaran pajakan untuk Sabah.

Sabah yang merupakan bekas koloni British menjadi sebahagian persekutuan Malaysia pada 1963.

Berdasarkan perjanjian pajakan tersebut, kesultanan Sulu diberikan pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 (RM5,264) menurut nilai semasa. - Agensi
* Sumber kosmo! Online

No comments:

Post a Comment