PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU
Tidak terburu buru untuk menyelesaikan.....
Bila di lihat keadaan ini...saya tertanya?apa kasannya jika pihak tentera kita menghapuskan pencerobah dengan pertumpahan darah apakah jalan penyelesaian yang terbaik? ....pencerobohan ini memang kita perlu hapuskan tetapi penceroboh ini Mereka semua umat Islam dan mereka tahu bahawa jika ada keganasan, ia akan berterusan untuk selama-lamanya. Terdapat 800,000 Filipina di Sabah. Ia akan menjadi satu masalah yang besar di Sabah jika keganasan meletus. Pasukan keselamatan Malaysia mungkin berakhir berurusan dengan penceroboh dan akan menyerang.penceroboh ini menggunakan perkataan jihad dalam misi mereka....walaupun kekuatan mereka hanya 30 orang yang bersenjata.....mereka tetap bersedia untuk mati....apa kesan nya .....?
adakan keadaan ini akan berpanjangan seperti di Moro?ada idea?
Link seterusnya di bawah
perkembangan-peristiwa-pencerobohan-tentera diraja sulu(13pic)
lahad-datu-serbu-penceroboh-tindakan betul PDRM
kronologi-dan-keadaan-terkini-krisis-di Lahad Datu
Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?
Persoalan Kenapa polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang
mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol
antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan
menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan
penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita
buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan
perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita
anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini?
Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la
buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat)
boleh di isytiharkan
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi
polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang
kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA
SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja.
Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan
setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman
mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh
sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai
combatant Perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan
yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun
kawasannya luas.
Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel
dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh
bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China
yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa
padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak
mempunyai sempadan).
Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar
contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)
Pendapat saya, kalau ada kekuata sebegitu belum boleh panggil jihad dengan fizikal, ini sepertinya tidak mengikut apa yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad....jadi sekiranya ini benar...maka sia-sia lah perjuangan 'Tentera di Raja Sulu'...
ReplyDeletesetuju,
DeletePihak berkuasa tidak dapat menyelesaikan sehingga hari ini?adakah kaum pribumi sabah(dayak,dll)akan bertindak?
ReplyDelete