Friday, March 8, 2013

Saintis Temui Planet Mirip Bumi

[Hebat] Saintis Temui Planet Mirip Bumi, Berkemungkinan Mempunyai Hidupan Lebih Maju 

Penemuan planet yang boleh di diami manusia mungkin menjadi satu impian para saintis terutamanya apabila berlaku masalah di planet Bumi suatu hari nanti..Walaubagaimana pun, golongan saintis di Eropah telah berjaya menemui planet berkenaan..Nak tahu apa planet tersebut, meh usha kat bawah ni..


Sekumpulan saintis Eropah telah menemui sebuah planet mirip Bumi di luar sistem solar kita yang diberi namaGliese 581c. Apa yang merungsingkan mereka, sekiranya terdapat hidupan di planet berkenaan, ia mungkin mempunyai peradaban yang lebih maju berbanding yang terdapat di Bumi.

Walaubagaimana pun, memandangkan planet tersebut telah berputar dan wujud lebih lama daripada matahari, kemungkinan terdapatnya kewujudan peradaban yang lebih maju mungkin tidak mejadi suatu perkara yang mustahil.

Cara yang paling sesuai bagi memastikan sendiri taraf kehidupan yang terdapat di planet berkenaan adalah dengan membuat perjalanan yang jauhnya kira 20 tahun cahaya di mana masih tiada lagi teknologi seumpama itu yang di bina.

Para saintis berpendapat, ketidakupayaan teknologi untuk mengembara ke planet berkenaan mungkin masih merupakan berita baik untuk planet Bumi.





Video



p/s: Entah apa rupa makhluk kat sana pun tak tahu la..


No comments:

Post a Comment