Friday, April 12, 2013

Wanita Haid Boleh Masuk Masjid Dan Membaca Al Quran??

SEKITAR PERSOALAN AMALAN WANITA YANG DIDATANGI HAID
SOALAN:
Apa hukumnya seorang wanita berhadas besar seperti dalam keadaan haid untuk duduk belajar, mendengar ceramah (kulliah) atau diam di dalam masjid? Apakah dibolehkan atau diharamkan? Tolong jelaskan dengan dalil-dalil dari al-Quran dan hadis sahih serta penjelasan dari syara.
JAWAPAN:1
Tidak mengapa (dibolehkan) bagi wanita yang sedang kedatangan haid atau berhadas besar (berjunub) belajar, membaca al-Quran, mendengar kulliah (ceramah) dan duduk di dalam masjid. Malah dibolehkan duduk atau tinggal lama di dalam masjid walaupun dalam keadaan berhadas besar seperti semasa kedatangan haid. Adapun dalil-dalil dari syara yang membolehkan ialah:
1 - Imam al-Bukhari telah memberi sebuah judul dalam kitab sahihnya dalam persoalan yang berkaitan dengan perkara ini (perempuan duduk atau tidur di masjid):
“Bab: Tidurnya Perempuan di Dalam Masjid”.
Dan berikut ini adalah hadis sahih berupa penjelasan dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha iaitu tentang seorang hamba perempuan berkulit hitam, wanita itu menjadikan masjid sebagai tempat tinggalnya (duduk menetap) di masjid, dia bekerja sebagai tukang pembersih masjid maka ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:
“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha dia berkata: Sesungguhnya ada seorang hamba perempuan berkulit hitam milik salah seorang suku dari bangsa Arab, lalu dimerdekakannya, kemudian dia pun tinggal bersama mereka. Berkata ‘Aisyah: Kemudian perempuan itu datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan masuk Islam. Berkata ‘Aisyah: Dan perempuan itu mempunyai khemah (tempat tinggal) di dalam masjid (sebagai tempat penginapannya)”. (H/R Bukhari, 439)
Tentunya perempuan (hamba berkulit hitam) yang diceritakan oleh ‘Aisyah sama seperti perempuan-perempuan yang lain, setiap bulan pasti kedatangan haid, tetapi tidak pernah ada pengecualian dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar beliau keluar dari masjid semasa beliau kedatangan haid. Ini menunjukkan bahawa perempuan yang kedatangan haid (sedang berhaid) tidak dilarang (tidak haram) masuk dan duduk di dalam masjid. Sama ada untuk belajar atau mendengar ceramah atau kulliah.
Hadis ini dikuatkan lagi dengan hadis seterusnya:
“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu beliau berkata: Bahawasanya ada seorang lelaki berkulit hitam (atau seorang perempuan berkulit hitam), yang bekerja membersihkan masjid telah meninggal dunia, lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bertanya mengenai perempuan tersebut, mereka menjawab: Beliau telah meninggal dunia. Baginda bersabda: Mengapakah kamu tidak memberitahukan kepadaku berkenaan kematiannya, tunjukkanlah aku akan kuburnya. Lalu baginda pergi kekuburnya kemudian baginda bersolat untuknya”. (H/R Bukhari 458,460 dan 1337)
Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, bahawa hamba yang meninggal yang bekerja sebagai pembersih masjid tinggal (menetap) di dalam masjid, dia adalah seorang hamba perempuan. Oleh kerana tidak ada larangan dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam untuk hamba ini tinggal (menetap lama) di dalam masjid, walhal sudah dimaklumi setiap perempuan pasti kedatangan haid disetiap bulan, namun tidak ada pengecualian dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar beliau keluar semasa kedatangan haid, malah tidak pernah ada perintah agar hamba ini keluar semasa kedatangan haid. (Lihat: Fathul Bari, syarah hadis 458. Ibn Hajar) Maka dengan kenyataan ini, amat jelas bahawa tidak ada larangan bagi perempuan yang berhadas besar dan kedatangan haid untuk duduk, belajar atau mendengar ceramah di dalam masjid.
2 - Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah menyuruh ‘Aisyah radiallahu ‘anha masuk ke masjid yang mana beliau sedang dalam keadaan berhaid, sedangkan baginda tahu hal keadaan ‘Aisyah sebagaimana kenyataan dari hadis sahih di bawah ini:
“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepadaku: Ambilkan untukku sehelai sejadah (sejadah kecil untuk alas sujud). Aku berkata: Sesungguhnya aku sedang haid. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya haidmu itu bukan di atas tanganmu”. (H/R Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An-Nasaii, Ibn Majah, Ahmad dan selain mereka)

JAWAPAN :2

Firman Allah surah an nisa ayat 43

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Pengampun.

Boleh lalu  di dalam masjid,tetapi tidak duduk untuk bersama jemaah.....
link USTAD AZHAR IDRUS

Membaca Al Quran terjemahan hukumnya boleh


1 comment: