Wednesday, September 10, 2014

Riba Dalam Perbankan islam / Pinjaman secara islam di Malaysia

Cubaan Menipu Allah dgn Perbankan Islam!
Credit to Elias Hj Idris




Kembali kepada fakta dan sistem inilah yang didakwa ulama-ulama bahawa 'perbankan Islam' sebagai bukan riba, tetapi perniagaan yang disukai oleh Allah swt. Ini kerana mereka tidak mengenakan faedah, tetapi melibatkan harga jualan rumah daripada bank kepada pembeli (peminjam). Apakah pendapat ramai tentang hal ini? Adakah ia riba? Pada dasarnya, ini adalah riba dan tiada bezanya dengan pengajaran dari cerita larangan menangkap ikan pada hari Sabtu.

Maksudnya:
“…Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik…”; - surah Al-A’raaf:163

Perbuatan ulama hari ini membenarkan riba (yang diberi nama ‘perbankan Islam’) telah digambarkan dalam surah Al-A’raaf ini. Kisahnya di mana terdapat suatu kampung orang-orang Yahudi yang dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu. Namun di bawah taqdir Allah ikan-ikan itu hanya muncul ke permukaan air laut di hari Sabtu, sedangkan di hari-hari lainnya ikan tidak muncul.

Maka apa yang dilakukan warga kampung tersebut? Mereka telah meletakkan pukat ikan di malam Sabtu; di mana pada hari Sabtu mereka menyaksikan ikan-ikan tersebut masuk ke dalam pukat yang telah mereka pasang. Kemudian apabila tiba hari Ahad mereka pun menarik pukat tadi sebelum ikan-ikan tersebut sempat keluar semula darinya.

Oleh itu adakah mereka dikira menangkap ikan pada hari Sabtu? Mereka menyatakan larangan Allah ialah menangkap ikan dan mereka hanya mengepung tetapi tidak menangkapnya. Mereka ini cuba mempermainkan Allah swt, maka Allah jadikan mereka monyet dan khinzir.

Itulah mereka yang sebenarnya, dan kini siapakah yang dipermainkan?

Apakah pula pengajarannya kepada sistem perbankan Islam pada hari ini? Tiada bezanya. Mereka ini telah menyatakan bahawa larangan Allah ialah hutang dengan riba, maka mereka berniaga dengan hutang yang bercampur riba (kononnya perniagaan) dan menyatakannya ia bukan riba. Sistem bank konvensional dan sistem perbankan Islam adalah sistem yang sama, hakikatnya ia menjalankan transaksi yang semata-mata untuk memberi hutang dan mendapatkan keuntungan melalui 'tambahan' (riba) daripada perniagaannya memberi hutang.


Perbezaannya sistem perbankan Islam sekadar menukarkan 'nama' kepada Islam dan jual-beli. Orang buta pun boleh mengenali tipu daya ini (yang tidak bertuhankan nafsu), dan maka itu terdapat hadis yang mengatakan akan datang suatu masa mereka menghalalkan riba dengan jual beli. Kehidupan ini sangat singkat dan kita lihat sahaja nanti siapakah yang akan dipermainkan, sama ada mereka atau Allah swt?

Ahli-ahli politik dan para peniaga mengambil kesempatan dari sensitiviti umat Islam di Malaysia berkenaan halal dan haram untuk meraih keuntungan.

Asalnya sistem perbankan di Malaysia berasal dari perbankan konvensional, kemudian kapitalis telah menggaji para ilmuwan yang paling top dalam pendidikan syariah di Malaysia untuk melabelkan semula produk-produk perbankan konvensional dalam bahasa Arab. Kemudiannya dengan menggunakan legal tricks dan disokong oleh hujah-hujah bersandarkan al Quran dan Sunnah untuk menyokong produk perbankan Islam tersebut - walaupun sudah amat terang dan bersuluh bahawa produk-produk tersebut adalah haram kerana riba 'melalui pintu belakang'.

Mana-mana pun individu yang dibayar dengan gaji yang terlalu mahal dan sangat untung akan sanggup menggunakan segala kepakaran untuk mengerah sepenuh tenaga dan kudrat bagi mempertahankan produk-produk yang telah dihalalkan itu!


Bagi mana-mana individu yang tersilap mengambil di antara produk ini adalah sangat tidak bernasib baik kerana terpaksa menghadapi;

i) Bank – tuan punya produk ini.

ii) Peguam – balaci yang dibayar untuk berlawan bagi pihak bank.

iii) Bank Negara - yang mempertahankan produk ini untuk menarik pelaburan luar seperti produk sukuk yang bernilai berbilion-bilion dolar.

iv) Ulamak ekonomi – yang dibayar oleh bank untuk menyokong dan memancung mana-mana pihak yang cuba untuk menafikan atau memangkah produk-produk ini.

** Mengikut teori konspirasi, Abraham Lincoln dan J.F. Kennedy juga dibunuh kerana riba oleh puak-puak Yahudi!

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat)." - surah Al-Baqarah: 278-9

1 comment:

  1. Hello semua, saya mrs aisha bukafia, saya ingin memberikan anda semua sekeping nasihat anda semua di sini tidak memohon pinjaman di mana-mana syarikat atau pemberi pinjaman di laman web ini, orang-orang di sini adalah palsu, penipu dan penipuan, walaupun sebahagian daripada keterangan di sini adalah semua palsu mereka adalah orang yang sama yang melakukan itu semua, mereka masih orang yang sama melakukannya. jadi sila berhati-hati untuk tidak jatuh yang tertipu atau menipu rakan-rakan Indonesia, saya menipu empat kali sekitar Rp10,000,000 juta untuk yuran pendaftaran, kos cukai dan kos insurans, tetapi selepas pembayaran saya, saya tidak mendapatkan pinjaman saya, tetapi mereka bertanya kepada saya membayar lagi dan sekali lagi,

     Ia akan menarik minat anda untuk mengetahui bahawa ada undang-undang kewangan atau kaedah-kaedah kos ini mendapat pinjaman dari bank-bank, peminjam atau syarikat tetapi Allah bersyukur kerana saya kemudian menerima pinjaman sebanyak $ 100,000 daripada syarikat yang seorang kawan saya yang memperkenalkan saya dengan sebenar dan syarikat pinjaman dipercayai, (Emiliana WILSON pINJAMAN sYARIKAT), mereka syarikat terkemuka di Asia, mereka berada di sini untuk membantu kita semua yang telah scammed dan menipu, jadi jika anda memerlukan kredit pinjaman wang tulen lebih baik dan, sama memohon pada (Emiliana WILSON pINJAMAN SYARIKAT) atau jika anda mempunyai rakan-rakan dan memberitahu mereka untuk membantu anda untuk menghubungi mereka untuk pinjaman, okay, anda boleh mendapatkan yang sangat mudah untuk mendapatkan serendah 2% daripada pinjaman tanpa cagaran atau penjamin. Ini adalah e-mel mereka

    (emilianawilson11@gmail.com) Anda boleh menghubungi mereka dengan aplikasi anda adalah baik dengan mereka anda akan mendapat pinjaman anda dalam masa 24 jam, asli cepat dan saya terpaksa membantu negara saya daripada penipuan, e-mel saya adalah (mrsaishabukafia@gmail.com) hubungan saya untuk maklumat lebih lanjut mengenai Emiliana WILSON PINJAMAN SYARIKAT, saya bersedia untuk membantu anda, Allah memberkati anda semua. NOTA all.PLEASE. NOTA, TIADA YURAN PEMINDAHAN, NO Bayaran CUKAI, NO YURAN INSURANCE) harta pemberi pinjaman atau syarikat itu tidak mengumpul charges.Allah ini memberkati kita YURAN PEMINDAHAN, YURAN NO CUKAI, NO YURAN INSURANCE) Lender sebenar Syarikat ATAU TIDAK mengumpul penutup caj penyanyi, lama hidup rakyat Malaysians negara kita dan lama hidup kepada orang yang baik di negara saya.

    ReplyDelete